Di Petang Hari Raya Aidiladha...

Petang semalam, sibuk benar Sofea nak sangat tengok lembu-lembu dan kambing di kawasan surau yang akan dikorbankan pada pagi ini. Kami jalan kaki (dekat dengan rumah keluarga Mia) dan masuk ke pekarangan surau. Bila dah nampak lembu dan kambing dari jauh, mulalah Sofea suka sangat. Seronoklah dia.

Jom tengok gambar kami semalam....

lagak macam nak interview kambing ni aje...

dengan adik bongsu Mia...

4 ekor lembu yang ditambat di tiang

lembu ni cool walaupun Mia ambil gambar dia

lembu ni asyik makan sahaja

Memang kat kawasan sini akan buat korban pada Hari Raya Haji (Aidiladha) yang kedua. Setakat yang kami nampak semalam, ada 6 ekor lembu dan 1 ekor kambing.

p/s: pagi ni dah nak kena sembelih... tak sanggup nak tengok... huhuhuhu

Post a Comment

32 Comments

  1. Wah meriah sungguh baju raya kak mia sekeluarga.. Pink eh kak? Comel tgk sofea :)

    ReplyDelete
  2. sofea nak interview kambing disaat-saat terakhir kambing tu... ^_^

    ReplyDelete
  3. pink lagi gituuu kak mia...kelasss kak mia...

    Farah pernah nampak lembu masa nak korban air mata meleleh kat tepi mata dia...seolah-olah dia macam faham jer yang dia nak dikorbankan...memang tak sampai hati nak tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah farah... tang dia mengalir air mata terus sebab di dada kak mia... huhuhu memang tak sanggup..

      Delete
  4. WAH, besonyer lembu..same la kak mia, sye pon x brani nk tgk lembu kna sembelih..huk3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... lembu-lembu yang sihat ni... kesiannya bila nak dikorbankan... huhuhu

      Delete
  5. assalamualaikum mia...kalau kesian x boleh makan daging tu kan...memang meleleh air mata kalau melihatnya...

    masa mama berkorban dulu memang rasa mcm tak sanggup nak pandang lembu yang nak disembelih tu tapi kuatkan hati tapi lepas tu daging korban tu mama x makan pun sebab sayu nak makan dagingnya tu biar la org lain yg makan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama.... mia pun sama. memang pun. kalau nak makan tu, rasanya macam tak leh nak telan... huhuhu

      Delete
  6. kak, rumah mak akak depan surau ni ke kak? sederet tadika ilham sarjana ke? Ke rumah mak akak 2 tingkat?

    ReplyDelete
  7. COMELNYE BJU RAYE KAKMIA .. >,< .. EE .. SERAM KALO TGOK LEMBU OR KMBING D SEMBELIH

    ReplyDelete
  8. huhuhu kak mia! macam best jer suasana dia! huhuhu

    ReplyDelete
  9. anak2 jarang dpt tgk lembu ni mmg teruja nak tgk..
    cam Sop dulu mmg membesar bersama lembu,, ada beberapa ekor lembu yg ayah Sop bela, mmg kena jaga lah SOp.. heheheh
    tak lah heran sangat kan?
    anak2 skrg, jumpa ayam hidup pun excited sbb selalu jumpa ayam mati.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo gitu... biasalah budak2 sekarang macam sofea ni... memang suka tengok binatang. ni belum pernah lagi bawa dia ke zoo, huhuh ada juga yang tak nak balik nanti...

      Delete
  10. byk juga lembu belah kak mia..dekat surau shida 3 ekor je tumbang..xbyk tahun ni huhuhu..

    ReplyDelete