image Review Pantun Blogger Bertuah Keempat - Nur Azian - Mia Liana

Wednesday, 24 October 2012

# Segmen Mari Berpantun

Review Pantun Blogger Bertuah Keempat - Nur Azian


Review pantun seterusnya ialah pantun blogger bertuah yang keempat iaitu Nur Azian. Pantunnya simple dan pandai menarik hati Mia pada rangkap yang putera tu.. Tahniah ya kepada Azian...

Bila hujan keluar cepat
Tadah air dalam tempayan
Blogger bertuah yang keempat
Putera impian angan Azian 


Malam-malam  pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta waja
Andai mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Ke kedai nyonya bersama Eja
Singgah sebentar di rumah Adnan
Yan nama panggilan manja
Sila panggil kalau berkenan

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Kepala pening pandangan samar
Berehat sekejap duduk kat tepi
Menunggu putera datang melamar
Tapi cuma kat dalam mimpi

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Langit cerah dihiasi fajar
Indah alam ciptaan Tuhan
Saya student yg masih belajar
KPTM Kelantan kolej pilihan

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dgn tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

Goreng sayur goreng ikan,
Buat bekalan pergi ke pekan
Pahang tempat sy dibesarkan
Johor pula tempat dilahirkan

p/s: leganya dah review pantun blogger bertuah yang keempat ni... (^_^)

17 comments:

  1. assalamualaikum mia...seronoknya tahniah buat Azizn...:)

    ReplyDelete
  2. tahniah buat azian... comel aje pantunnya... :)

    ReplyDelete
  3. hehe..thanks kak mia coz review pantun sy..
    sy xpandai pon berpantun,cuma suka aje..
    nnt akak boley la wat contest mcm ni lg yek..
    menarik,semua pon suka nak join >_<
    thanks kat sesape yg wish kat azian :)

    ReplyDelete