Laman Web Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Mendapat 5 Bintang untuk MGPWA 2012

Keputusan Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) 2012 telah pun keluar semalam dalam portal MSC Malaysia. Mia dapat tahu daripada pihak SKALI. Terus apalagi cepat-cepat buka dan download dulu dokumen MGPWA 2012.

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. KPI (Key Performance Indicator) Mia telah tercapai untuk tahun ini. Sebagai webmaster untuk laman web ini, Mia nak ucapkan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan sepejabat yang turut membantu memberikan maklumat secara berkala untuk dikemaskini di dalam laman web.

klik pada gambar untuk besarkan


Laman web www.mpib.gov.my berada di nombor yang ke 118 dengan ranking yang ke 12. Jika dibandingkan dengan pencapaian pada tahun lepas di SINI. Markah agak berkurangan sedikit daripada 94 kepada 91. Yang penting tidaklah turun sangat dan masih atas 90 markah. Penyampaian Sijil Penghargaan pada tahun lepas ada di SINI. Tahun ini, harap sangat Ketua Pengarah dapat naik ke atas pentas untuk menerima Sijil Penghargaan nanti.


Untuk lihat atau download MGPWA 2012, klik SINI.

Sumber : http://www.mscmalaysia.my/other_programmes

p/s: syukur sangat...

Post a Comment

20 Comments

  1. akk,,,ajar sy bt sistem..sy blur...kne bt sistem skunk ni -.-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. nisa... buat sistem tu guna apa? boleh tu.. buat pelan-pelan.

      Delete