Bila Hati Ini Sedih Dan Duka...


Kadang-kadang walaupun nampak gembira tetapi hati di dalam bagai nak dirobek-robek. Sedih dan duka. Tentu kita semua alami perasaan itu kan? Memang tidak boleh lari lagi dalam kamus kehidupan yang penuh pancaroba ini. Selalunya kita akan menangis atau pun menyendiri ataupun diam sahaja.

Selepas dah melepasi tahap stabil barulah ceria semula, kan? Barulah mula tersenyum dan mula berkongsi cerita pada rakan-rakan. Tetapi kena berhati-hati bila bercerita tu, jangan sampai membuka pekung di dada. Sepertimana meluahkan perasaan di dalam blog. Ketika berblogwalking, ada juga baca kisah sedih dan rintihan, hanya mampu komen dan berikan semangat.

Hari ini Mia agak sedih sebab tahu awal pagi tadi satu berita buruk. Ada kaitan juga dengan blog ini. Hmmm... Mia terimanya dengan tabah. Satu hari ini, bila belek blog, rasa sedihnya. Tunggu lagi 2, 3 hari lagi nak tengok macam mana keadaannya. Harapnya mood Mia akan stabil dengan cepat. Doa dan sentiasa berdoa. Buat masa ini biarlah rahsia dulu, Mia masih belum ada mood nak cerita tentang berita buruk ini... Berita buruk ini tiadalah buruk mana pun. Cuma ianya mengganggu emosi Mia dan tiadalah sampai hendak menangis. Rasa terkilan pun ada juga.

Seeloknya kena cepat-cepat pujuk hati jangan sampai melarat dan boleh jadi sakit pula. Kuatkan semangat dan cekalkan hati untuk meneruskan cabaran yang harus ditempuhi.

p/s : tengah nak ceriakan mood ni...

Post a Comment

30 Comments

  1. bertabah ye, KA pown sebenarnye duka juga, tapi buang juga lah jauh2 rasa itu

    ReplyDelete
  2. kenapa kak mia sedih?? moga mood ceria cepat2 datang jenguk kak mia... ^_^

    ReplyDelete
  3. Allah tidak akan uji hambaNya melainkan hambaNya mampu mengahdapinya..ujian penguat jiwa,peneguh hati...Setiap msalah dan ujian yang datang tersimpan hikmahnya nanti..jalani jua hidup kita walau spahit apapun..be strooonnnngggggg!!! chayoik2...nanti share yea cerita buruk...InsyaAllah,bila kita kongsikan,prsaan lega akan hadir wlaupun masalah blum slesai..kita hnya pelukan insan yang bleh mngukir kmbali senyuman dibibir kita..hehe

    ReplyDelete
  4. jangan sedih2 ^^ Hana pun tengah sedih sbb something ni.. mmg kena kuatkan diri kalau ada masalah camni :)

    ReplyDelete
  5. betul tu takde orang lain leh ubat hati sendiri kan.. bertabah & senyumm je la :)
    sambil berfikir himah di sebalik semua ni, semoga kak mia ceria2 selalu ^_^

    ReplyDelete
  6. la, kenapa nie? harap2 maslaah itu selesai la yea..

    ReplyDelete
  7. Inilah ranjau kehidupan...ada pasang surutnya! Semoga tabah menghadapi dugaan ini...Sering berhadapan dgn karenah orang2 disekeliling. Bila terkena baru tahu begitu rupanya perangainya!

    ReplyDelete
  8. ala..npe ni kak?cer cite?smuge akak tabah yer...idup ni mmg ader suka & duka....xde suka, maka xde lah duka..begitu jugak sebaliknya..sama2 la kita tabah harungi idup ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde pape yang serius sangat. terima kasih ya mira..

      Delete
  9. Alahaiii..nape.ni..
    Byk2 sabar ye...senyum la ckit...ha kan manis tuh!...

    ReplyDelete