Tamatlah Sudah Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun

Tamatlah Sudah Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun


Terima kasih daun sadri
Sudi membeli pantun ini
Tersenarai sudah link entri

Gembira sungguh hati ini
Ramai pula datang membeli
44 blogger cukup berseni
Saingan kuat hebat sekali

Copy dan paste sana sini
Pening kepala pakai pilis
Tamatlah sudah segmen ini
Sila lihat ke dalam bloglist

Duduk diam sabarlah kini
Hanya tunggu menghitung hari
Selepas tutup segmen ini
6 blogger bertuah akan dicari

Sabar menunggu sabar menanti
Hati berdebar teruja kini
21 Oktober tarikh yang dinanti
Munculnya pemenang segmen ini

Post a Comment

43 Comments

  1. Bukan main panjang pantun~ (^_________^)"

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk dah namanya segmen pantun.. kenalah berpantun..

      Delete
  2. wah, best la pantun kak mia.. suka, suka, suka..
    xsabar nak tunggu 6 pemenang tu kak =)
    gudluck semua,

    ReplyDelete
  3. 5hari lg la kna tggu ne,,,xpa kak mia.ambl la msa byk pn tuk plih yg t'baik,,,jgn pening2 kpala ok,,,^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. eh jangan risaukan mia.. santai2 je ni sambil pilih pemenang...

      Delete
  4. pantun, mana boleh 'aaaa'...=p
    sepatutnya 'abab' kan?
    hihihi...
    tapi saya tak pandai sangat berpantun..=p

    ReplyDelete
  5. hari hari makan kari
    21 oktober akan ku nanti

    ReplyDelete
  6. wah! sedapnya pantun kak mia..
    xpe kak mia.. sila ambil masa untuk pilih pemenang... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya ruha... huhuuh saingan kuat sangat ni..

      Delete
  7. pergi ke pasar beli hati
    21 oktbr sabar ku nanti

    hehehhhh gudluck semua ^^

    ReplyDelete
  8. mesti akan tunggu he he he

    ReplyDelete
  9. Dah boleh pekena seluaq jean ngan tshirtlah MIa...he... sebab pantun dah habis...

    ReplyDelete
  10. sarapan bersama teman tersayang,
    minum kopi cerita panjang,
    kalaulah eca yang bakal menang,
    hatiku bakal berlagu riang.

    ke ladang lembu mencari sapi,
    tersesat pula ke ladang kambing,
    21 Oktober akan kunanti,
    nervous bukan main kepalang.

    langsung xde rima pantun ne.hahahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe eca... segmen dah tamat hehehe... jauh benar bunyinya kambing dengan kepalang...

      Delete
  11. Replies
    1. syukur sangat boni.. ingatkan takde orang yang nak join... huhuhu

      Delete
  12. pegi jalan sana sini
    pegi berjalan dgn cik siti
    21 oct tarikh diberi
    hari bertuah pasti dinanti

    hahahaha...ayut ke mari nnt tgk list peserta pulak :)

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. penunggu sekejap je... nanti sampai tarikh yang dinanti tu...

      Delete
  14. Buat tapai guna ragi
    Banyak makan rasa lugu
    Tarikh itu pasti kunanti
    Dalam debar tetap kutunggu

    :)

    ReplyDelete
  15. pantun daun sadri tu utk wonderpets, hikk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tu caliph... tapi wonder pets tak pandai berpantun... huhuhu

      Delete
  16. assalamualaikum mia....

    Jalan-jalan sambil bermadah
    Madah dijawab dengan pasti
    Segmen mia di tutup sudah
    Sabar menanti pemenangnya nanti...:)

    ReplyDelete
  17. hehehe..excited ni nak tunggu siapalah pemenang bertuah. hehe

    ReplyDelete
  18. makan sudah mandipun sudah
    ada apa di dalam hati
    segmen berpantun tamatlah sudah
    tak sabar menunggu keputusannya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh hebat2 berpantun semuanya.. tak terbalas mia dengan pantn.. ok tunggguuuuu...

      Delete