Sesi Fotografi Untuk Laman Web

Malam tadi hampir pukul 11.00 malam baru Mia sampai ke Sepang dan menginap di Bandar Baru Salak Tinggi. Di sepanjang perjalanan trafik tersangatlah sesak. Mujur Mia tidak menginap di Kuala Lumpur, kalau tidak lagi lambatlah nak check-in.

Sebenarnya, dalam tempoh 3 hari ini Mia ada tugas untuk sesi fotografi bagi laman web untuk design baru dan wajah baru nanti. Sesi fotografi ini diadakan bersama dengan pihak SKALI.


Yang mula-mula sekali ialah Pineapple Information Centre (PIC) di MAEPS Serdang. Mungkin akan banyak ambil gambar di sini memandangkan tidak lama lagi akan ada MAHA 2012. Lepas itu barulah melawat ladang nanas....

Esok, melawat kilang Lee Pineappple di Skudai dan ladangnya di Simpang Renggam. Hari yang terakhir, barulah melawat Pusat Pembangunan Teknologi Tanaman Nanas di Alor Bukit, Pekan Nanas, Pontian dan Muzium Nanas.

Harap cuaca elok sampai ke petang satu hari ini.

p/s: teringin juga nak ada satu DSLR ni.... huhuhu...

Post a Comment

38 Comments

  1. wahhh busy la ek pasni....amin...mintak2 ada dslr.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... huhuhu tak tahula anisa, bilalah nak ada sendiri DSLR tu...

      Delete
  2. semoga semua bjln dgn lancar yer :)

    ReplyDelete
  3. Mia ... DSLR dah memang patut KENA ADA...ha..ha...

    ReplyDelete
  4. wah...simpang renggam, kampung belah suami tu...nnti ceritala pengalaman di ladang nanas tu...nak pi melawat sana jugak sesaje boleh ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... huhuh tadi petang pergi memang best sangat. cantik betul pemandangannya...

      Delete
  5. hehe bzy la lpas ni eh hehe mudah-mudahan segalanya berjalan lancar :)

    ReplyDelete
  6. wah gerenti best giler ni1

    ReplyDelete
  7. Jangan makan nenas banyak2 nanti sakit perut...hhuuuhuuu

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum miz...moga dipermudahkan segala kerja tu...;)

    ReplyDelete
  9. Simpang Renggam tu kg suami akak.. nanti bolehlah Mia ceritakan pengalaman di sana ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo... tengoklah kalau sempat update dalam blog nanti.

      Delete
  10. semoga segala urusan berjalan dengan baik ye kak..

    Insya'Allah. amin.

    ReplyDelete
  11. beli lah kak mia..dslr yg biasa pn ok janji kualiti gmbar menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuuh... belum lagi keperluan masih dalam kategori kehendak...

      Delete