image Bebelan Di Tengah Malam - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Thursday, 18 October 2012

# From Me

Bebelan Di Tengah Malam


Hmmm... entah kenapa dah hampir tengah malam ni, tangan begitu gatal nak menaip entri tetapi sebenarnya tidak tahu nak taip apa...

Mia baru je sempat balas kunjungan ke beberapa blog dan tinggalkan komen. Internet pula kurang laju sebab pakai broadband maxis. Cuaca tidak menentu. Hujan dan panas silih berganti minggu ini. Padahal ada lagi kuota broadband ni, mungkin line tidak clear.

Sebenarnya seronok tau bila baca blog orang, dapat tahu perkembangannya dan juga dapat maklumat yang berguna contohnya tips dan lain-lain info.

Banyak betul di fikiran Mia sekarang ni. Selain daripada check di internet jawatan kerja kosong gred F41, rasa macam blurr je sebab tiada jawatan kosong di Johor ini. Puas dah mencari setiap hari. Dah jadi perkara rutin ni. Tapi masa belajar dulu, ada pula diiklankan. Takpelah, sabar menanti ni. Mia kan dah isi melalui SPA. Tapi sampai sekarang masih tiada jawapan. Macam tiada fungsi je SPA tu... Tiba-tiba terfikir negatif pula.

Pasal calon Anugerah Canselor ini pun Mia dah buat yang termampu. Nak pilih seorang daripada 63 calon memanglah jauh panggang dari api. Bukan senang. Doa sahajalah sekarang ini. Teruskan kehidupan seperti biasa. Tak nak mengharap sangat, takut nanti kecewa.

Pasal sambung belajar pula, memang selalu bermain di fikiran. Tidak tahu nak sambung kat mana.  Nak sambung part time ke... full time. Nak sambung kat IPTS ke IPTA... Nak sambung Master ke PhD terus. Masih lagi belum buat apa-apa keputusan. Faktor kewangan juga pun kena dititikberatkan.

Kadang-kadang bila malam-malam macam ni, Mia suka baca entri-entri lama dalam blog sambil tersenyum sendirian. Banyak kenangan yang Mia simpan dalam blog ini..... sayang sangat kat blog ini.

Mata telah pun mula mengantuk walaupun tidak berapa ngantuk sangat selepas tengok cerita hantu di TV3 tadi. Hanya dapat berblogwalking ke beberapa blog sahaja. Rasanya tidak terbalas, tetapi Mia cuba jugalah ya... Jangan kecil hati ya kalau lambat datang. Ramai yang dalam senarai ini... huhuhuh

Terima kasih sudi baca entri bebelan Mia ni...


p/s: sekadar luahan di tengah malam.... membebel entah apa-apa...

40 comments:

  1. membaca bebelan kak mia... ^_^
    belum ada rezeki lagi la tu...
    sabar ye kak mia.. :)

    ReplyDelete
  2. tak pe2...bebelan yang boleh diterima..
    uishhh sama la..pakai broadband mxs..tp tu la nk BW cuaca pun main peranan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan... entahlah. waktu hujan lebat memang problem broadband maxis.sebelum ni pakai celcom punya... langsung ciput je... hehhehe

      Delete
  3. bebelan kak mia, ada terselit nasihat juga.. InsyaAllah, kak mia boleh. ^__^

    ReplyDelete
  4. hhahhaha welcome kak,, sabar je la ye kak mia ek

    ReplyDelete
  5. Anugerah Caunselor tu . insyaAllah, mana tahu dpt . semoga berjaya .

    tima kasih mia sudi lawat cekbolat . kehkeh

    ReplyDelete
  6. eh2..sm pulak la yang kite pk neh ye mia..huhu
    menunggu SPA tu 1 penyiksaan..nk dpt inteview pon ssh..petah lg nk dpt job..haihh..semoga kt sm2 dpt keja dlm ms tedekat ni ye..:)

    ReplyDelete
  7. KAK MIA .. SABAR TAU .. INSYA ALLAH .. KAK MIA DA USAHA KAN ? ADELA TU REZEKI NANTI .. MNE TAHU .. REZEKI KAK MIA NANTI LEBIH BGUS APE YG KAK MIA MINTAK .. >,< .. SYGG KAK MIA

    ReplyDelete
  8. byk dlm fkran ye kak....
    insyaallah,ada rezeki dpt anugerah tu :)

    ReplyDelete
  9. saya pun sama macam awak.. sayang kat blog..banyak kenangan...

    p/s : baru terperasan alexa ranking blog ni..dasyat juga ye..hehehe

    ReplyDelete
  10. salam kak mia, klu rajin meh la join ni..timm da tag kak mia..he3..
    http://timmbill91.blogspot.com/2012/10/segmen-upkan-followers-secara-mendadak.html

    ReplyDelete
  11. mendengar bebelan kak mia..
    teringat semalam pula. siap dgn secangkir milo,sebungkus biskut.
    tapi line pula xclear,

    betul kak.. menunggu spa ,macam payah amat..lum ada rezeki jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh siap ada air dan biskut lagi, best tu. tu la menunngu spa la ni... huhuh

      Delete
  12. hihihi..kak mia klu nk smbg blaja byk kelebihan yer...pasal kewangan juga blh diuruskan sbb rmai member dy dpt loan..perform ok jd biasiswa... ^__^ tang SPA tu pon same la kite..hihi

    ReplyDelete
  13. nk inform kak mia.. utk jawatan yg apply kt SPA tu, klau ikut jadual xde panggil dh utk tahun ni.. tggu tgk jadual tahun depan bulan brapa ada kuar utk jawatan tu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok . tq ya caliph. nampaknya memang kena tunggu sampai tahun depan...huhuhu

      Delete
  14. Kadang tu baca bebelan macam ni lagi seronok dpd fakta....
    Entri cam ni .... ringan dan senang nk faham bila kita baca...

    ReplyDelete
  15. hihihi tak mengapa...lagipun mata belum mengantukkan...

    ReplyDelete
  16. MV doakan akak berjaya utk pencalonan OUM..kalau x dpt pun xpe..u r the best

    ReplyDelete
  17. insyallah kak mia rezeki ade dimana2..pcya yg tu k.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Terima kasih sudi doakan untuk kak mia. Luv u...

      Delete
  18. Insyaallah, Mia.. Adalah rezeki Mia nanti cuma kena sabar je..

    ReplyDelete