Jelajah Ziarah Kota Seluyut

Pada hari Ahad yang lepas (14 Oktober 2012), Mia, Suami Mia dan Pakcik Suami Mia telah menziarah makam di Kota Seluyut, Kota Tinggi, Johor. Tempat yang bersejarah dan pernah menjadi kota teragung pada 1564. Kami pergi selepas Zohor. Di Kota Seluyut terdapat makam Sultan Muzaffar Shah, makam Bendahara Tun Isap Misai dan juga merupakan tempat kelahiran Tun Seri Lanang.

"Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah II berpindah dan membuka Johor Lama. Baginda telah pergi ke Aru bagi membantu Ratu Aru dari ancaman Acheh. Pada tahun 1564, Sultan Acheh Sultan Alauddin al-Qahar mengalahkan Aru dan manghalau orang-orang Johor. Kemudian Sultan Acheh telah menyerang Johor Lama dari Aru. Sultan Alauddin Riayat Shah II ditawan dan dibawa ke Acheh dan dibunuh disana disebut "Marhum Syahid di Acheh". Sultan Muzaffar Shah II (Raja Muzafar / Radin Bahar / 1564-1570) Sultan Johor 3 Sultan Muzaffar Shah II bersemayam di Johor Lama sebelum berpindah ke Seluyut pada tahun 1565. Baginda tidak suka Johor tunduk kepada Acheh. Pada tahun 1568, baginda menghantar tentera membantu Portugis sekaligus mengundang kemarahan Acheh. Pada tahun 1570, baginda mangkat di Seluyut disebut "Marhum Mangkat di Seluyut". Sultan Abd. Jalil Shah I (Raja Abdul Jalil / 1570/1571) Sultan Johor 4 Sultan Abdul Jalil Shah I adalah anak kepada Sultan Muzaffar Shah II. Ketika berusia 8 tahun baginda telah ditabalkan sebagai Sultan, melalui wasiat Sultan Muzaffar Shah II. Sultan Abdul Jalil Shah I mangkat tiba-tiba dipercayai mungkin diracun Bendahara Tun Isap Misai (pembesar sultan) meninggal dan dikebumikan di Seluyut. " sumber : Sejarah Awal Negara Malaysia

"Di Bukit Seluyut terdapat sekelompok makam yang terdiri dari tiga makam yang mungkin dapat dikaitkan dengan beberapa peristiwa yang diceritakan dalam Sejarah Melayu. Menurut teks ini, Sultan Muzzafar Syah II telah mangkat di Seluyut dan dikebumikan di Bukit Seluyut. Karena itulah baginda disebut “Marhum di Seluyud” (Abdul Samad bin Ahmad [ed.], 1986: 307; Shellabear [ed.], 1994: 235). Tidak ada tanggal terperinci tentang kemangkatan baginda, dan dari sumber lain dapat disimpulkan bahwa peristiwa ini terjadi sebelum bulan Agustus 1569. Menurut Sejarah Melayu lagi, anak saudaranya, Sultan Abdul Jalil I, mangkat pada usia Sembilan tahun, tidak lama sesudah menaiki takhta. Baginda juga dikebumikan di Bukit Seluyut, bersebelahan dengan makam Sultan Muzzafar Syah II (Abdul Samad bin Ahmad [ed.], 1986: 307-308; Shellabear [ed.], 1994: 235-236). Seperti Sultan Muzzafar Syah II, tidak ada tanggal terperinci tentang kemangkatan Sultan Abdul Jalil I dan dari sumber yang sama dapat disimpulkan bahwa peristiwa ini terjadi sebelum bulan Agustus 1569. Menurut Sejarah Melayu juga, Raja Fatimah, puteri Sultan Alauddin Riayat Syah II, dan adik Sultan Muzzafar Syah II, juga dikuburkan di Bukit Seluyut, bersebelahan dengan makam abangnya (Abdul Samad bin Ahmad [ed.], 1986: 310; Shellabear [ed.], 1994: 238). Peristiwa ini terjadi sebelum kemangkatan Sultan Abdul Jalil Syah II pada tahun 1597." sumber : Nisan Aceh ; Empat Negara satu Kesenian

"Lokasi Bukit Seluyut ini terletak berhampiran dengan kuala Sungai Seluyut dan Selat Medina/Selat Mentanggor di Sungai Johor. Bukit Seluyut pernah menjadi Pusat Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1564-1570) iaitu Sultan Johor ketiga. Di sinilah juga Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang iaitu pengarang buku Sejarah Melayu dilahirkan. Istana sultan dibina di atas bukit Seluyut yang tingginya kira-kira 204 kaki dengan tujuan supaya mudah mengawasi pergerakan kapal di Sungai Johor. Pusat pemerintahan di Bukit Seluyut hanya bertahan selama tujuh tahun sahaja kerana Sultan Ali Jala iaitu Sultan Johor keempat telah memindahkan pusat pemerintahannya ke Tanah Putih." sumber : Tempat-Tempat Sejarah Di Kota Tinggi

Jom kita jelajah ke Kota Seluyut...

Pintu masuk hadapan.

Signboard Kota Seluyut.

Jalan yang tidak rata di kawasan kebun kelapa sawit

6 km lagi.

Masuk kawasan Asahi Estate.

Hampir ke puncak dan belok ke kanan untuk ke kawasan makam.

Di hadapan makam Sultan Muzaffar Shah. Di bahagian belakang, ada jalan denai menuruni tangga ke bawah untuk ke makam Bendahara Tun Isap Misai.

Bergambar di puncak Bukit Seluyut.

Jalan kaki naik ke atas.

Pemandangan dari atas bukit.

Kelihatan pemandangan sungai dari atas bukit.

Kawasan puncak bukit.

Suami Mia dengan pakciknya.

Bongkah batu besi di kawasan ini.

Lagi bongkah batu besi di kawasan ini

Jalan kaki ke kenderaan pacuan empat roda

Alhamdulillah, selesai sudah jelajah sejarah di Kota Seluyut ini. Kawasan agak sunyi kerana tiada kawasan kediaman di sini.

p/s : berpeluh-peluh jugalah bila berjalan turun dan naik makam Bendahara Tun Isap Misai di bawah bukit sehingga terlupa nak ambil gambar...