Review Pantun Blogger Bertuah Kelima - Cik Suzlin


Akhirnya tibalah masa untuk review pantun blogger bertuah kelima iaitu Cik Suzlin. Seorang yang telah berumahtangga dan sedang belajar tetapi masih lagi dipanggil Cik Suzlin untuk panggilan mesra di blog. Tahniah diucapkan. Pantunnya agak bersahaja dan pandai mencuit hati Mia.

Si dara jelita bercinta lama
Bertemu jodoh si teruna Banjar
Blogger bertuah yang kelima
Lin manis yang sedang belajar


Malam-malam  pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta waja
Andai mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Ke kedai Nyonya beli celana
Untuk dipakai pergi berkelah
Nama diberi Suzlin Azreena
Nama manja kita Cik Suzlin lah

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Pening kepala beli pantun Kak Mia
Walaupun tak pandai, digagahi juga
Besar hati nak canang satu dunia
Diri ini sudah berpunya

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Rangkap ini rangkap ketiga
Jari menaip dah naik pijar
Kalau Kak Mia nak tahu juga
Saya budak sedang belajar

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dgn tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

Main bola berkejar-kejar
Asyik menjerit suara serak
Merantau jauh pergi belajar
Kini saya di negeri Perak

p/s: selesai sudah sesi review semua pantun blogger terunggul dan blogger bertuah Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun..

Post a Comment

10 Comments