Mia Dan Suami Sudah Sampai Di Hotel Vistana Kuala Lumpur

Mia dan Suami bergerak pagi tadi dalam pukul 8.00 pagi dari Johor Bahru. Suami Mia yang memandu kereta. Bawa santai-santai sahaja. Sampai sahaja di Kuala Lumpur, Mia terus hidupkan GPS untuk ke Hotel Vistana Kuala Lumpur. Alhamdulillah kami sampai di hotel dalam 12.30 tengahari dan terus check-in. 

Jarak hotel ini dengan Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC) dalam 1.3km. Maklumlah petang-petang nanti orang ramai dah mula balik kerja, jalan akan sesak. 

Memang selesa bilik hotel ini, pakej promosi. Kos ditanggung oleh Suami Mia. Terasa macam honeymoon pun ada. Berdua sahaja. Sofea tinggal di rumah Mak Semah (pengasuh) malam ini. Sedih terpaksa berpisah dengan Sofea kejap. Nak buat macamana Mia dapat Golden Ticket DiGi WWWOW Awards Night hanya untuk dua orang sahaja. Sukanya dapat merasa jalan atas karpet kuning.

Sempat juga Mia buat entri sebelum bersiap ke DiGi WWWOW Awards Night. Hmm... malam ini penentu segalanya. Jumpa di sana!

Jom tengok kejap. zasss....













p/s: Mia menggunakan WiFi hotel ni dengan percuma...

Post a Comment

10 Comments

  1. Wah bestnyer tido Otel.. Dulu masa bujang saya dgn kakak tinggal kat kondominium Vistana tu, Mama Mia blh nampak dari Hotel tu..slalu teringin nak tido kat Hotel Vistana tu..Kih..Kih..SElamat Bergumbira

    ReplyDelete
  2. wow best2 selamat berjalan di atas karpet kuning :-)

    ReplyDelete
  3. Waaa 2 in 1 la mia, honeymoon skali.. hik hik.. vistana hotel dekat je ngan opis darna, jalan kaki 20 minit kot! kami pernah meetting kat sana mmg best!

    ReplyDelete
  4. Memang best Hotel Vistana nie. Penah dapat stay FOC seminggu kat sini :)

    ReplyDelete
  5. Huhuhu... Adeh... Sori sgt2 nyusahkan akak nie nak hantar.... http://blog.myetech9.com/penulis/digi-wwwow-awards-berakhir-gambar-curi-ekslusif/

    ReplyDelete
  6. terima kasih semua.

    mia dapat harga promosi masa ni kurang RM200 harga bilik.

    ReplyDelete
  7. @Enchik Ninetakpe dik.. yang penting ko selamat... dah lewat malam sangat tu...

    ReplyDelete