Tidak Boleh Akses Laman My Rapid Transit Logo Contest Dan Aduan Ketidakpuashatian Peserta

Sejak akhir-akhir ini, laman undian untuk My Rapid Transit Logo Contest sentiasa down, mengakibatkan ramai pengundi mengeluh susah nak buka dan macam-macam lagi. Cara undian yang dibuat memaksa pengundi terpaksa review semua logo dalam page yang dicari dan logo yang hendak diundi akan sentiasa berubah page (tidak tetap). Peserta contest menghadapi kesukaran mendapatkan undian dari rakan-rakan, kerana perlu sentiasa beritahu di mana lokasi logo sepanjang masa. Agak leceh dan meletihkan sebenarnya. Yang paling menyedihkan.. ada juga peserta yang menggunakan taktik kotor untuk mendapatkan undian.

Masalahnya, logo yang mendapat undian tertinggi akan menang tanpa mengira kualiti walaupun semua logo telah disemak terlebih dahulu oleh pihak penganjur sebelum dimasukkan ke dalam laman undian. Ramai yang protes dengan cara ini tetapi keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

Rasanya dari semalam laman ini tidak boleh diakses atas sebab penyelenggaraan yang telah diumumkan dalam FB page My Rapid Transit dan Twitter @myrapidtransit. Banyak betul aduan yang telah dibuat. Ternyata ramai yang tidak puas hati dengan penganjur. Mia selalu tengok update di dalam FB page tu untuk mengetahui perkembangan semasa tentang Contest ini.






Diharap pihak penganjur dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera dan membuat penyelesaian mudah bagi pengundi dan peserta contest ini. Kepada pengundi logo MRT Mia ini, Mia berharap agar anda semua bersabar dan dapat mengundi sebelum 3 Ogos 2011 depan.

p/s: jangan lupa undi logo MRT Mia ya... posted by juliana (nama sebenar Mia)

Post a Comment

3 Comments

  1. ye ke.. aiseyman diharap mereka cpt perbaikiny.. sayangnye kalau org tak dpt vote kan .. aritu pun akak nak vote pun agak susah namun syukur alamdullilah boleh jugak akhirnya.. apa2pun all the best ya Mia .. Kalau menang nnt belanja akak ye..

    ReplyDelete
  2. yelh kak, naper tak leh bukk laman web??

    ReplyDelete