Trafik Sesak Di Kuala Lumpur, 2 Jam Baru Sampai Ke Berjaya Times Square


Teruk betul sesak di Kuala Lumpur waktu petang. Semalam, Mia keluar Menara Sentul jam 6.00 petang dan 2 jam selepas itu baru sampai ke Berjaya Times Square. Memanglah dah tanya Feroz awal-awal tapi dia macam tidak bagi jawapan yang pasti. Last minute baru confirm jadi jumpa.

Punyalah tension dalam kereta, kenapalah tak sampai-sampai. Macam-macam yang difikirkannya, agaknya macam ni lah kehidupan warga KL seharian. Kejap jalan.. kejap brek.. Tempat yang hendak dituju dekat tetapi terasa lama betul hendak sampai.

Sempat juga lah perhatikan gelagat warga kota ini. Kalau Mia duduk KL ni, tak tahulah jadi macam mana.. Bila dah sampai di Berjaya Times Square terasa suka sangat. Apa tidaknya masa inilah ada acara pancaragam di sepanjang jalan berdekatan Jalan Pudu. Ada jalan yang ditutup.

Susah betul nak dapat parking kat Times Square, mujur ada orang yang nak balik. Barulah dapat ruang parking dan akhirnya jumpa juga dengan blogger yang terkenal dengan "gulink-gulink"... Feroz. Punyalah panjang lebar cerita dari A sampai Z sambil makan ayam KFC...





Kalau nak tahu lebih lanjut apa yang kami bincangkan sila tengok dalam entri ini.. KFC Berjaya Times Square Bersama Blogger dalam blog AbgFeroz.

Post a Comment

4 Comments

  1. biaselah sis dekat KL..aishh ayie pernah terjoin sekli mase 2..dekat 2jam juga kot jam..

    ReplyDelete
  2. memg btol...jem kat kl memg teruk....lain kali naik motor kn senang..hehe

    ReplyDelete