Blogger Telah Reset Bilangan Pageviews Di Blog


klik pada gambar untuk besarkan

Ingatkan Mia tidak kena.. Sebab Mia check tadi banyak kali tidak ada apa-apa. Tup-tup beberapa minit kemudian bilangan pageviews di blog telah di reset semula kepada 0 oleh Blogger... Uwaaaa.. sedihnya. Wa kena beb!

Walaupun dah bertukar kepada domain .com, Mia masih menggunakan blogspot untuk pengisian maklumat di blog. Tidak tahu pula apa kena Blogger tiba-tiba reset semua blog ya... Hmmm tentu ada sebab.

Sejak berblog dari tahun 2007, tidak pernah pula Blogger buat macam ini. Rasanya inilah kali pertama Blogger buat operasi reset. Kita tunggu dan lihat sahajalah nanti...

p/s: nasib baik ada pasang google analytics... jadi boleh tengok sejarah statistik pageviews blog dari situ...