Semalam tengahari di kala kaum Adam pergi menunaikan solat Jumaat di masjid, Kak Aida ajak Mia, Dayah dan Kak Ni pergi ke Giant Tampoi.

Kami makan tengahari di kedai makan Kopitiam. Memang sedap makan kat situ. Ada privacy. Sambil makan sambil berborak. Sesi tenangkan jiwa daripada tension kerja di pejabat. Hilang segala masalah di hati. Women Talk....

Jom tengok apa yang kami makan... zasssss...

chicken chop dan char kuey teow goreng

kuey teow latna dan sup mee maggi

air kelapa laut + longan, air tembikai + longan, air sirap dan air cendol

Meriah betul kami makan. Sesi makan tak ingat dunia ni.... huhuhuhu

p/s: alhamdulillah... kenyang...