Tamatlah Sudah Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun


Terima kasih daun sadri
Sudi membeli pantun ini
Tersenarai sudah link entri

Gembira sungguh hati ini
Ramai pula datang membeli
44 blogger cukup berseni
Saingan kuat hebat sekali

Copy dan paste sana sini
Pening kepala pakai pilis
Tamatlah sudah segmen ini
Sila lihat ke dalam bloglist

Duduk diam sabarlah kini
Hanya tunggu menghitung hari
Selepas tutup segmen ini
6 blogger bertuah akan dicari

Sabar menunggu sabar menanti
Hati berdebar teruja kini
21 Oktober tarikh yang dinanti
Munculnya pemenang segmen ini