Masa untuk membebel.... Jari-jemari ini memulakan tugasnya di keypad handphone ini....

Tentang Giveaway 10K Followers
Wahhhhh.... sukanya Mia. Rasa seperti nak melompat-lompat keriangan. Kali pertama, blog ini menerima penyertaan daripada lebih 200 orang bloggers. Sehingga tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Terima kasih kepada semua sponsor dan peserta GA. Hari terakhir ialah pada 21 Julai 2013. Namun begitu, ruangan komen blog ini tidak dapat memaparkan komen yang melebihi 200 berikutan Mia menggunakan setting threaded comment dan full blog feed. Usah bimbang, komen baru tidak akan hilang. Akan terpapar apabila komen yang lama dibuang Mia dah buka tutorial untuk comment paging. Tetapi terasa tidak boleh nak mengadap coding blog buat masa sehari dua ini, bukannya apa... nak rehatkan otak dan relaks kan minda selepas berhempas pulas beroperasi sepenuhnya semasa mesyuarat di Putrajaya semalam. Akan dikisahkan dalam blog nanti.

Tentang Kerja
Mia rasa tersangatlah letih hari ini apabila balik dari outstation semalam. Namun, syukur sangat. Masih mampu untuk berpuasa dan dipermudahkan urusan kerja walaupun di awal pagi terasa seperti mustahil untuk menyiapkannya.

Tentang Tutorial
Entri tutorial google feedburner masih dalam draft lagi. Belum sempat untuk final touchup. Mia nak minta maaf banyak-banyak kerana membuatkan anda tertunggu-tunggu. Penantian anda akan berakhir dalam tempoh seminggu ini.

Tentang Fizikal Diri
Dah lama tak pergi urut satu badan. Rasanya memang elok benarlah di waktu ini. Badan juga perlu perhatian. Manalah larat kalau setiap minggu, asyik turun naik kuala lumpur atau putrajaya.... mahunya patah pinggang.. huhuhu...

Tentang Cita-Cita
Walaupun hati dan jiwa ini meronta-meronta untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, Mia terpaksa pendamkan dahulu. Mia ingin tumpukan pada peningkatan kerjaya ke gred 41. Persediaan rapi perlu dibuat untuk menghadapi exam dan interview nanti.

Jari-jemari ini telah selesai menjalankan tugasnya. Selamat malam semua...

mood mengantuk....

posted from Bloggeroid