Dah Selesai Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Alhamdulillah.... Leganya Mia. Beban yang dipikul seminggu dua ini telah pun selesai. Pagi tadi Mia telah hadiri Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 dari jam 8.30 pagi sehinggalah 1.00 petang di Grand Paragon Hotel.

Ramai betul yang hadir. Mia jawab semua soalan dan masa memang tidak mencukupi. Kena jawab cepat-cepat dan tidak boleh ambil masa yang lama untuk jawab satu soalan. Ada juga soalan yang mengelirukan, kena pandai pilih jawapan yang terbaik.

Ini adalah kali kedua Mia hadiri peperiksaan SPA. Sebelum ini untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41.

Semasa di bawah lobi hotel, Mia bertemu dengan blogger Oshin. Itupun dia yang tegur Mia dulu. Minta maaf ya... Mia tidak berapa perasan sangat, dah ramai-ramai macam tu. Sempat juga kami bergambar....




Barulah boleh menarik nafas lega dan jiwa sudah kembali tenteram. Selepas ini, hanya perlu menunggu keputusannya saja...

mood rehat....

posted from Bloggeroid

Post a Comment

31 Comments

  1. sama la kte sis..
    ramai btol yg dtg nie..
    kte amik xm kat maeps serdang..

    ReplyDelete
  2. waahh wish you all the best untuk result nanti sis =)

    ReplyDelete
  3. Rehat... :). Nor pun ada juga tadi. Tak perasan mana satu mia. Ramai juga tadi. Pengawas tu bagi tau lebih kurang 300 orang. Yup soalan ada yang mengelirukan. Alhamdulillah semua dah selesai. Ready utk raya plak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. tak perasan lah.. ramai sangat. sama2 kita doa ya..

      Delete
  4. Saya doakan semoga Kak Mia lulus exam ni dan capat cita2 Kak Mia

    ReplyDelete
  5. SEMOGA CEMERLANG...DUNIA AKHIRAT JUGA HEEE

    ReplyDelete
  6. semoga tuan tanah mendapat keputusan yang baik, :)

    ReplyDelete
  7. thank you kak mia ! happy dapat jumpa akak time tu....
    semoga kita sama2 berjaya ye hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 dear... insyaAllah. sama-samalah kita berdoa..

      Delete
  8. Selagi tak periksa mmg stak lena tidurkan Mia

    ReplyDelete
  9. yup, dh settle exam ni baru sy bole fokus dgn keje2 lain, huh...

    ReplyDelete
  10. Good Luck Kak Mia.. Ezam buat kat hotel ke.. Fuyooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq eraz... ramai yang datang. dewannya pun besar...

      Delete
  11. lepas ke tak exam anda tuan tanah?

    -jack sepang

    ReplyDelete