Bantu Blogger Yumida Troubleshooting Iklan Nuffnang Di Antara Post

Mia agak terkejut juga bila terima komen Yumida di dalam entri SINI. Tetapi pada masa itu Mia agak sibuk berkursus di Kuala Lumpur tempohari dan cuma boleh bantu tengokkan blognya kalau ada kelapangan.


Rupanya, Yumida menghadapi masalah untuk meletakkan iklan nuffnang Large Rectangle Unit di antara post iaitu kedudukan iklan berada di antara entri pertama dan entri kedua di dalam blog. Mia amat kagum dengan usaha Yumida yang sudah mencuba sendiri beberapa kali walaupun tidak berjaya. Syabas ya...

Baru pagi ini, Mia sempat nak troubleshooting masalah blog Yumida. Apa yang Mia buat ialah :
  1. Didapati hanya ada 1 entri sahaja di laman utama blog, bagi memudahkan urusan, Mia tukarkan kepada 2 entri supaya senang nak tengok lokasi paparan iklan nuffnang di antara 2 post nanti.
  2. Kemudian, Mia cuba letakkan coding iklan nuffnang Large Rectangle Unit mengikut tutorial yang disediakan oleh Nuffnang. Ternyata iklan tersebut betul-betul tidak terpapar di blog Yumida.
  3. Mia pergi cari coding div class='post footer' dan paste kan coding iklan di bahagian atasnya seperti dibawah ini : (sila klik pada gambar untuk besarkan)
  4. Kemudian Mia, Save Template dan cuba refresh balik blog Yumida di browser
  5. Hasilnya, iklan nuffang tersebut telah terpapar di blog Yumida dengan jayanya seperti di bawah : (sila klik pada gambar untuk besarkan)

  6. Boleh juga kalau Yumida nak tukarkan balik kepada 1 entri di laman utama blog, tetapi agak kurang sesuai bila ada paparan iklan nuffnang Large Rectangle. Seeloknya biarlah sekurang-kurangnya ada 2 entri di laman utama blog, supaya paparan iklan jenis ini akan nampak lebih menarik.
Alhamdulillah... dapat diselesaikan dengan jayanya. Mia kongsikan cara-cara nak selesaikan masalah blog Yumida di dalam entri ini. Manalah tahu kot-kot ada blogger lain yang turut menghadapi masalah yang sama seperti Yumida...

leganya...

Post a Comment

68 Comments

  1. wah! dulu saya ada masalah sama ni, tapi syukran ada jg iklan nufnang kat blog saya, walaupun x pernah dapat BE..hehehe bagusnya mia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try hantar tiket kt nuff.. bg lah ayat power2
      amal dulu pun xdpt gak BE.. lagi lah time tu sikit jer visitor.. tp lepas hantar tiket, alhamdulillah time tu BE mai.. tak sangka gak, visitor ciput pun dapat BE :)

      cuba jer hantar tiket, mana tau dpt :)
      kan kak mia ?

      Delete
    2. thanks ya amal....kak mia dulu pun macam tu jugak.

      Delete
  2. Terima kasih kak mia nk try gak nnt...

    ReplyDelete
  3. Selama ni takde masalah pulak letak iklan nuffnang ni.. lepas ni klau ada pape problem boleh la cari kak mia.. hehe

    ReplyDelete
  4. wah..makasih kak mia
    hepi bila nampak iklan nuff tu keluar
    alhamdulillah..yeyyy

    ReplyDelete
  5. nanti mama nak cek jugak lah, betul ke kedudukan nuff mama ni..

    ReplyDelete
  6. mujur ader akak.. yelah.. fiza pun try n error jugak.. smpai kadang2 ilang blog..pastu gelabah.. huhu...

    ReplyDelete
  7. tahniah kak mia.. meringgankan masalah yumida... :-)

    ReplyDelete
  8. baik hati kak mia. mana yang boleh kita bantu kan kakak!

    ReplyDelete
  9. wah soal koding kak mia terbaik lah...hihi...
    :)

    ReplyDelete
  10. Ckp pasal Nuffnang ni, boleh ak nak merajuk sbb xprnh dpt BE.. Hehehe...

    ReplyDelete
  11. tahniah MIA, akak pun nak letak iklan di tengah-tengah entry....good sharing.....

    ReplyDelete
  12. tahniah ye kak mia,krole dlu pon ada masalah camni jgk...Alhamdulillah waktu tu ada blogger tolong... msti blogger yumida tu hepy sgt~

    ReplyDelete
  13. makasih kak mia

    yumida de buat entry penghargaan..klo free jemput singgah:

    http://umikasum.blogspot.com/2013/07/yey-iklan-nuffnang-berjaya-keluar.html

    ReplyDelete
  14. Tabik kat Mia.Sibuk2 pun sempat lagi tolong sesama blogger.Kan Yumida?

    ReplyDelete
  15. last time kita buat pun tak jadi mia, tapi cuba-cuba akhirnya dapat jugak..

    ReplyDelete
  16. ilmu yang dimanfaatkan
    tahniah

    salam ramadan

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah... memang sedang mencari2 tutorial ni. Terima kasih ya Mia

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah. Bertuah Yumida sebab ada teman yang prihatin.. Lepas ni bolehlah mengadu kat Mia juga.. hehe..

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah setel masalahnya ye...

    ReplyDelete
  20. Untung OKje sebab ada seorang MENTOR macam Mia

    ReplyDelete
  21. hai kak mia. Saya tak jumpa pun coding div class='post footer' tu. Yang ada cuma post outer aje. cemane ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm... yang itu kak mia tak berapa pasti. mungkin coding blog tu guna lain atau post footer tu tersembunyi. cuba cari pelan2..

      Delete
  22. kak mia...tengkiu tengkiuuuu
    arini cashout lagi..alhamdulillah
    berkat bantuan kak mia, cpuv sering bertandang ke blog yumida
    kesemua 3 unit iklan tu termaktub mcm yg nuffnang nak
    makasih kak mia..dah genap setahun blog yumida beroperasi sempurna dgn adanya 3 unit iklan utama tu.

    arini happy..pasal:
    http://umikasum.blogspot.com/2014/06/cashout-earning-nuffnang-rm185666.html

    tengkiu kak mia :)
    moga kak mia sentiasa dimurahkn rezeki

    ReplyDelete
  23. saya ade gak iklan nuffnang tapi nampak macam tak banyak naik pun. coding tu cmne kak

    ReplyDelete
  24. Asslm kq mia..klo guna dlm template responsive menjadi x?

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Kak Mia. Saya pun mengalami masalah yang sama. Dah cuba cara ni tapi iklan tetap tak nak keluar. Sedih

    ReplyDelete