image Review Kakao Talk - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Friday, 26 July 2013

# Community # Entertainment Matters

Review Kakao Talk

Semakin lama, semakin banyak aplikasi mobile yang muncul saban hari. Sebagai pengguna internet yang tegar, tentulah patut mencuba menggunakannya. Aplikasi yang kini terhangat di kaca televisyen ialah Kakao Talk, free calls and text messaging. Pertama kali menggunakannya Mia cukup berkenan dengan fungsi Free Call, maksudnya panggilan percuma kepada rakan-rakan kita. ID Mia ada di entri SINI.

Memudahkan dan menjimatkan asalkan ada pelan data internet. Jemput tengok antara paparan printscreen dari handphone Mia...

paparan skrin pertama

senarai chat

Sesi meroyan dengan Kak Aida guna Free Call

Borak dan sembang dengan Kak Aida dan Kak Mazni guna Group Call

Senang sangat nak berhubung dengan Suami Mia, keluarga dan juga rakan-rakan. Semuanya sudah tersedia. Rugi kalau tidak mencuba...

suka sangat.... (^_^)

28 comments:

  1. macam2x ada,, whasapp, wechat, line,...

    ReplyDelete
  2. nak install tapi terlalu banyak sangat aplikasi mobile yang tak terguna..tapi macam best je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best rohaida.. yang tak guna tu, buang je.

      Delete
  3. belum cuba lagi aplikasi ni...biasa guna whatsapp dan wechat

    ReplyDelete
  4. fiza dah gune..mmg best..bunyi pun kiut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. part suara lain tu yang tak tahan... asyik ketawa je bila dengar...

      Delete
  5. laju jer teknologi skang ni..tak terkejar ahaha!!

    ReplyDelete
  6. la,,semua org dh pakai apps yg canggih2...kita sorang je masih pakai telegram...ha3

    ReplyDelete
  7. Eraz guna whatsapp je.. Install juga Line dan Weechat.. Tapi tak guna.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena guna lepas ni... hehehe senang kak mia nak chat dengan eraz..

      Delete
  8. x minat sbb iklan x best..
    minat LINE sbb iklan dia best :p
    tp shark pakai wechat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo iklan dia tak best ekk... kak mia tengok ok je..

      Delete
  9. saya guna BBM, wechat dan whatsapp jer....

    ReplyDelete
  10. sy install whatsapp jaa.. klau install byk sgt nanti x siap keje melayan benda tu, hikk...

    ReplyDelete