Review #10 - My Happy Kid

Tahniah diucapkan kepada Ida Adyani kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #3. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Ida atau lebih dikenali dengan nama Mama Adam...

My Happy Kid

"Alhamdulillah. Di hari ke empat bersekolah, Adam dihantar dengan ceria dan lebih ceria apabila diambil. Lega. Sudah happy gamaknya. Stress yang melanda sudah berkurangan.

Sebenarnya, ada insiden yang berlaku. Bila di tanya kepada Adam, sebenarnya bukanlah faktor tiada kawan yang membuatkan Adam tidak seronok di sekolah. MA pun pelik juga, kerana kebiasaannya, Adam memang pandai berkawan. Tidak kisah berkongsi etc. Tapi, Adam kata " Teacher kat sini semua garang-garang ". Hihihih...

Apabila ditanyakan kepada teacher, jawapannya " Ya. Kami hilang kawalan kerana ramai teacher yang masih bercuti. Jadi terpaksa menjerit-jerit untuk mengawal budak ". Memang bukan Adam yang dijeritkan. Tapi, Adam fobia. Takut apabila mendengar techer menjerit-jerit.

MA terangkan yang Adam tidak biasa dimarah. Jadi, Adam perlu dipujuk. 

" Patutlah. Marahkan budak lain, tapi dia yang menangis ".

" Ustazah suruh budak-budak balik rumah ye bila ada budak menangis? ".

" Saya terpaksa takutkan mereka ".

Hahaha... ayat yang Adam ceritakan lain. Maklumlah, Adam cerita details kan pasal aktiviti harian. Mula-mulanya, MA buat tak peduli, namun, bila setiap hari di marah begitu, rasanya MA perlu tegur.

Bukannya MA nk spoil kan Adam, tapi, Adam selalu mendengar kata. Teguran secara baik boleh didengar. Adam lebih kepada sebab dan akibat. Kenapa sesuatu benda tidak boleh dilakukan, dan apa akibat jika dilakukan juga. Ini perlu diterangkan kepada Adam. "

Untuk mengetahui sama ada Adam boleh menyesuaikan diri di sekolahnya, sila klik SINI untuk terjah.

Bukan Ida saja yang mengalami situasi seperti ini, Mia pun alami perkara yang sama apabila menghantar anak buat kali pertama ke sekolah. Adam berusia 5 tahun dan lebih tua setahun daripada Sofea. Kita sebagai ibu tentu risau sangat takut anak mengalami kejutan budaya di sekolah tadika dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan cikgu dan rakan-rakan lain. Cikgu kena pandai memainkan peranan penting dan ada sebab kenapa menjadi garang.

Semoga Adam seronok di sekolah dan dapat belajar dengan rajin... Tahniah juga kepada Ida kerana berkongsi pengalaman ini bersama pengunjung blognya.

tamatlah sudah sesi review entri terbaik 10 orang pemenang...

Post a Comment

24 Comments

  1. budak2, hehehe.. byk yg bleh dilalui ble dah stat skolah.. tahniah :)

    ReplyDelete
  2. tahniah...budak-budak hari pertama ke tadika memang ada yang menangis dan belum dapat menyesuaikan diri.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan kak sukma... ada yang lagi parah, terus tak nak ke sekolah pun, ada juga...

      Delete
  3. hihi :) cian adam . fobia yeee ? Btw , tahniah sgt sbb dah kembali normal ke sekolah :P

    ReplyDelete
  4. Budak-budak tak sama. Ada yang dapat suaikan diri dalam masa yang singkat dan ada juga yang sebaliknya. Sebagai ibu bapa kita kena banyak beri sokongan kpd mereka.

    ReplyDelete
  5. OKje duk sebelah taska mmg menjerit jerit je kerja cikgu tu hehe

    ReplyDelete