image Bebelan Di Tengah Malam - 8 - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Wednesday, 17 July 2013

# From Me

Bebelan Di Tengah Malam - 8



Masa untuk membebel.... Jari-jemari ini memulakan tugasnya di keypad handphone ini....

Tentang Giveaway 10K Followers
Wahhhhh.... sukanya Mia. Rasa seperti nak melompat-lompat keriangan. Kali pertama, blog ini menerima penyertaan daripada lebih 200 orang bloggers. Sehingga tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Terima kasih kepada semua sponsor dan peserta GA. Hari terakhir ialah pada 21 Julai 2013. Namun begitu, ruangan komen blog ini tidak dapat memaparkan komen yang melebihi 200 berikutan Mia menggunakan setting threaded comment dan full blog feed. Usah bimbang, komen baru tidak akan hilang. Akan terpapar apabila komen yang lama dibuang Mia dah buka tutorial untuk comment paging. Tetapi terasa tidak boleh nak mengadap coding blog buat masa sehari dua ini, bukannya apa... nak rehatkan otak dan relaks kan minda selepas berhempas pulas beroperasi sepenuhnya semasa mesyuarat di Putrajaya semalam. Akan dikisahkan dalam blog nanti.

Tentang Kerja
Mia rasa tersangatlah letih hari ini apabila balik dari outstation semalam. Namun, syukur sangat. Masih mampu untuk berpuasa dan dipermudahkan urusan kerja walaupun di awal pagi terasa seperti mustahil untuk menyiapkannya.

Tentang Tutorial
Entri tutorial google feedburner masih dalam draft lagi. Belum sempat untuk final touchup. Mia nak minta maaf banyak-banyak kerana membuatkan anda tertunggu-tunggu. Penantian anda akan berakhir dalam tempoh seminggu ini.

Tentang Fizikal Diri
Dah lama tak pergi urut satu badan. Rasanya memang elok benarlah di waktu ini. Badan juga perlu perhatian. Manalah larat kalau setiap minggu, asyik turun naik kuala lumpur atau putrajaya.... mahunya patah pinggang.. huhuhu...

Tentang Cita-Cita
Walaupun hati dan jiwa ini meronta-meronta untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, Mia terpaksa pendamkan dahulu. Mia ingin tumpukan pada peningkatan kerjaya ke gred 41. Persediaan rapi perlu dibuat untuk menghadapi exam dan interview nanti.

Jari-jemari ini telah selesai menjalankan tugasnya. Selamat malam semua...

mood mengantuk....

posted from Bloggeroid

40 comments:

  1. tahniah akk mia..smga terus bjya lam dunia blogging =D .. rehat secukupnya utk badan! moga hari esok ceria dan sihat sllu ^^ slmt malam =)

    ReplyDelete
  2. mesti nama dah nak sebaris dengan blogger2 yg tersohor kat luar sana tu kan... syabas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk sam... belum sampai tahap tu lagi rasanya...

      Delete
  3. Semoga urusan akak dipermudahkan sentiasa ya. Assalamualaikum

    ReplyDelete
  4. sibuk pun masih smpt lg pikir pasal blog.. hehehe.. thumbs up :)

    ReplyDelete
  5. semoga di pemudahkan urusan :) heheeh bagus :) kerja di utamakan , blog juga tak lupa

    ReplyDelete
  6. woaaaa bestnya.
    saya lah salah seorg yang menyertai giveaway tu hehe
    Selamat malam ^^

    ReplyDelete
  7. wahhh semoga tercapai cita-cita menjawat jawatan gred 41...Good Luck

    ReplyDelete
  8. Itulah kehebatan wanita yg amat saya kagumi! Dimanakah datangnya kekuatan, tenaga dan masa utk melakukan pelbagai perkara dlm satu masa. Kerjaya, rumah, suami, anak, ibadat, penjagaan diri dan hobi masih boleh dilakukan dengan cemerlang!
    Semoga Mia dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.... terima kasih ya bin muhammad... mudah-mudahan....

      Delete
  9. Tahniah Mia! Dalam kesibukan bekerja masih mampu menjadi blogger hebat. Mga Mia terus berjaya dalam apa jua perkara yang Mia lakukan.

    ReplyDelete
  10. congrats semoga mendpt apa yg diimpikan...

    ReplyDelete
  11. Tahniah. Memang dahsyat followers lebih 10k...

    ReplyDelete
  12. kene rehat kak mia.. takot nanti jatuh sakit..

    ReplyDelete
  13. insyallah kak mia...berkat usaha dan dorongan dari semua,kak mia akan capai apa yang kak mia nak...pastikan ada rehat yang ckup ye kak mia

    ReplyDelete
  14. kadang-kadang pening kepala kalau asyik memikirkannya...all the best MIA......

    ReplyDelete
  15. sempat jugak kak mia mengadap blog ye biarpun busy.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah hati ni berjiwa blogger..... huhuhuhu rasa macam kekurangan kalau tak update blog...

      Delete
  16. busy nya kak mia... jangan lupa rest ye. nanti sakit pulak. huhu

    ReplyDelete