Seperti yang Mia kisahkan tempohari dalam entri SINI, rentetan itu ada satu lagi mesyuarat pada hari Selasa 16 Julai 2013 di Wisma Tani, Putrajaya bagi sentuhan terakhir dalam menyiapkan Business Requirement Specification (BRS) dan User Requirement Specification (URS). Memang betul-betul berhempas pulas menyiapkannya. Perah otak berhabis-habisan untuk mendapatkan idea dan buah fikiran yang sweet.

Banyak dugaan dan kekangan yang dihadapi apabila menghadapi masalah dengan perisian rational rose dan juga ketandusan idea. Namun begitu, masing-masing berfikiran positif dan berkobar-kobar untuk menyiapkannya.

Jemput tengok ya...






Bila dah nak hampir siap, kami terasa begitu leganya. Semua membawa balik tugasan untuk final touchup, telah pun menghantar versi terkini pada hari semalam dan di compile oleh Cik Lina. Mia pun sama juga. Dapat menyiapkan lukisan use case diagram menggunakan perisian Microsoft Visio. Sangat kagum dengan Encik Aziz yang dapat conduct mesyuarat kerja ini dengan jayanya.

sakit kepala + letih + suka + tambah pengalaman + tambah kenalan