image SMS Penipu - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Wednesday, 3 July 2013

# Security

SMS Penipu

Tidak silap Mia, tahun lepas ada kecoh sedikit tentang sms penipu ini. Jangan mudah percaya dengan kata-kata di dalam sms ini.




Tup-tup Mia pun dapat juga sms ini tempohari daripada Shell yang kononnya menang hadiah Grand Prize RM 20,000. No siri 9R247YK. Sila dail 0112-533-2254.

Bila masa pula Mia ada join. Pelik. Selepas itu, cepat-cepat Mia buka laman web tersebut yang apabila dibuka seperti tidak siap jika dibandingkan dengan laman web Shell yang sebenarnya. Belek punya belek di laman web Shell yang betul, rupanya ada pengumuman rasmi daripada pihak Shell tentang sms penipu yang menggunakan nama Shell. Peluang ini digunakan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan diri sendiri.

Ish... tidak baik tipu orang. Kalau tidak berhati-hati, kemungkinan besar akan terpedaya. Mia memang cukup hati-hati kalau terjadinya perkara seperti ini. Tidak akan call nombor yang dinyatakan dalam sms penipu ini.

jangan mudah percaya dan terpedaya...

posted from Bloggeroid

96 comments:

  1. Betul tu, pernah jugak dapat sms mcm ni, tak boleh percaya sangat, kena siasat betul2.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. kalau email pula... memang melambak2 kat dalam spam..

      Delete
    2. btol tu.. bukak spam, select all, delete, haha..

      Delete
    3. memang delete terus je paly.... hehehe

      Delete
  3. memang salu cam tu kak mia...kekadang mereka call tau...cam cik akak ari tu....kata menang...lepas tu minta no akaun pula...dan lepas tu lagi...suruh cik akak pergi bank dan ikut apa yang dia kata ....isk-isk...macam-macam tau

    ReplyDelete
  4. ye..sakit hati..selalu juga dapat sms dari dioreang ni..macam2 taktik..

    ReplyDelete
  5. Yup agreed Mia . Kita pun pernah dapat sms RM20,000.00 ni. Then ada juga sms on my simcard telah memenangi hadiah RM200,000.00. Banyak tu..kalaulah sms ni betul dah lama kaya raya..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan... kalau dapat betul, ramai yang dah kaya sekarang ni...

      Delete
  6. memang sms tipu tu...pernah mainkan diorang ni sekali..sekali dengar suara macam orang Indonesia...lepas diorang marah saya balik sebab bila diorang mintak no akaun bank saya bagi akaun bank yang baki cuma RM10, bila dia tau akaun bank kita takder duit macam2 lah taktik diorang tanya ada akaun lain tak hehehe...skrg ni macam2 dah cara org nak tipu

    ReplyDelete
  7. betul tu kak mia. kena hati2. mak saya pun selalu dapat msg mcm ni. erkk nasib la saya dah xpakai hp :) hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk baby tak pakai hp ekkk.. baru kak mia tahu..

      Delete
  8. selalu jugak dapat sms penipu camni.. hee

    ReplyDelete
  9. Slalu dapat sms macam tu, menang itu ini la. Yang paling klaka saya ni mana penah isi minyak kat shell, pasal masa tu xde kereta lagi. Mcm2 hal nak menipu orang kan

    ReplyDelete
  10. saya x pernah percAYA dgn sms2 merepet ni..x perlu kot..

    ReplyDelete
  11. macam2 cara dorang menipu
    ayat2 sgt manis!

    ReplyDelete
  12. betul tu Kak Mia..kawan saya pernah terima sms ni..kitorg pesan kat dia delete je sms tu sbb confirm menipu

    ReplyDelete
  13. Sya pun pnah dpt mia..tetba je..kehalnya apa peraduan pun x pnah masuk..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... tak masuk peraduan tapi dapat sms... nampak sangat muslihatnya..

      Delete
  14. pernah dapat sms macam tu. pernah call semula. suara orang indon. yg kelakarnya bila digertak tahu takut terus end call. haha.. tapi hairan masih lagi ada yg percaya sms sebegitu.

    ReplyDelete
  15. aiza pernah dapat dari power root.. seingat aiza tak pernah pula membeli produk tu.. terus aiza delete je mesej tu..

    ReplyDelete
  16. aah kan kak
    sms macam ni slalu dpt
    bahaya..klo seseorang tu mudah percaya n terlalu excited

    ReplyDelete
  17. ayat pon macam tunggang-langgang je..'menangi', confirmla tipu nie...

    ReplyDelete
  18. saya pun terkena jugak kak Mia, saja cuba call hari tu, takde jawapan pun..

    ReplyDelete
  19. mai pn ada dpt gk kak mia...baru2 ni kt email plak dari petronas kt london...xpaham btul

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun... diorang ni mana2 cara, semua buat...

      Delete
  20. Memang biasa jugak dapat mesej macam nie tetapi saya abaikan kerana ianya datang dari handphone number.

    ReplyDelete
  21. Zaman sekarang ni banyak scam cam gitu. Hati2. Depa ni nak duit senang ja.

    ReplyDelete
  22. salam..kawan saya ada dapat tapi kami tak layan.buang sahaja sms tu.

    salam kenal dari cahayacinta.jemputlah ke blog saya.terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh salam kenal juga ya suri. terima kasih sudi singgah sini...

      Delete
  23. fyna pun pernah dapat msg macam nih. tapi memang tak percaya ^_^

    ReplyDelete
  24. Dulu mmg banyak hal mcm ni. Tapi skrg agak kurang. Apapun, berhati-hati ngan perkara mcm ni. Jgn disebabkan hal ni, ramai yg terjebak. Apa yg pasti, takdak jalan mudah utk idup senang. Semua kena usaha...

    Thanks kak atas peringatan.

    ReplyDelete
  25. selalu dapat sms mcm nie..tapi abaikan sj..huhu

    ReplyDelete
  26. kalau dpt sms takpe lagi kak. jgn yg call ni, malas nk melayan. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang call tu.. kak mia terus letak. malas betul nak layan. nak2 time kita tengah busy dengan kerja...

      Delete
  27. sms, emel macam mmg banyak menipu je keje nya

    ReplyDelete
  28. org nak kaut keuntungan dgn cepat,,sanggupppp~ haish. -_-

    ReplyDelete
  29. mmg semak je msg cmni..sy klu dpt mmg trus delete je..kcuali klu mmg kita ada hntr penyertaan kn...

    ReplyDelete
  30. ada jugak dapat sms begini...e-mail pun ada, be careful....

    ReplyDelete
  31. salam kak mia, saya blogger baru sebulan berblog.. minta support segmen saya ya.. jemput2..hehe

    Blogger sokong blogger! Blogger, jom ramai2 meriahkan! Segmen : Sebulan Berblog By Shakira

    http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/segmen-sebulan-berblog-by-shakira.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh... welcome to blogging world. kak mia dah balas kunjungannya..

      Delete
  32. Memang selalu jugak dapat sms yg macam tu... Ah biarkan je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan... entri ini hanya perkongsian daripada mia...

      Delete
  33. Mieza pun ada dapat sms ni kak mia.. Tp mmg dah tau tipu sbb dah banyak kali dapat.. Si penipu ni ingat kita ni bodoh macam dorang jugak agaknya.. Agak2la.. Pui! Eh, emo pulak kat sini.. Hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  34. Kak pun selalu dpt msj mcmtu. Mmg xpernah cuba2 dail n msj nombor tu balik. Mcm2 taktik penipu ni Mia...

    ReplyDelete
  35. sy baru terima seperti sms Mia dapat, risau jgk emak sy kat sana suka sangat layan sms mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena jelaskan supaya mak PCL tidak layan sms macam ni...

      Delete
  36. pernah dapat sms begini tapi tak layan dah tau penipu...

    ReplyDelete
  37. pernah juga dapat.. memang tak boleh percaya. huhu. orang yang tak bertanggungjawab je buat semua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan sesekali percaya... huhuhu jalan mudah nak senang dengan perdayakan orang... aissshh..

      Delete
  38. hehe ni nak tuntut hadiah ni mesti kena bayar dulu separuh duit ni....modus operandi sama mcm astro punya kes dulu...

    ReplyDelete
  39. mmg selalu dapat, tp abaikan je la.. huhu..

    ReplyDelete
  40. Macam-macam cara orang menipu sekarang ni.. Sentiasalah berhati-hati. Jangan gelap mata dgn tawaran hadiah yg lumayan.

    ReplyDelete
  41. dulu sy pnah trima jgak sms cmni, huh...

    ReplyDelete