Alhamdulillah.... Leganya Mia. Beban yang dipikul seminggu dua ini telah pun selesai. Pagi tadi Mia telah hadiri Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 dari jam 8.30 pagi sehinggalah 1.00 petang di Grand Paragon Hotel.

Ramai betul yang hadir. Mia jawab semua soalan dan masa memang tidak mencukupi. Kena jawab cepat-cepat dan tidak boleh ambil masa yang lama untuk jawab satu soalan. Ada juga soalan yang mengelirukan, kena pandai pilih jawapan yang terbaik.

Ini adalah kali kedua Mia hadiri peperiksaan SPA. Sebelum ini untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41.

Semasa di bawah lobi hotel, Mia bertemu dengan blogger Oshin. Itupun dia yang tegur Mia dulu. Minta maaf ya... Mia tidak berapa perasan sangat, dah ramai-ramai macam tu. Sempat juga kami bergambar....




Barulah boleh menarik nafas lega dan jiwa sudah kembali tenteram. Selepas ini, hanya perlu menunggu keputusannya saja...

mood rehat....

posted from Bloggeroid