Sejak dah terjoin aktiviti Agriculture Flagship Siri ke 3 tempohari, Mia terasa macam dah terikat pula. Mia telah dipertanggungjawabkan sebagai ahli dalam group Extension Officers yang diketuai oleh En Aziz dari LPP. Kalau tidak silap Mia, rasanya Mia seorang sahaja yang F29 dalam group Mia ni... yang lain semuanya gred lebih tinggi. Macam mana Mia boleh terlibat dengan AgF ini pun, Mia tidak pasti. Tahu-tahu sahaja dapat surat terlibat dengan projek ini.

Rentetan dari itu, minggu lepas Mia join mesyuarat AgF untuk group Mia bagi menyiapkan User Requirement Specification (URS). Hari itu Mia terlambat update blog sebab memang sibuk betul. Tak sempat nak buat entri autopublish. Bila sedang berbincang dan brainstorming, nak kena fahamkan betul-betul peranan dan tugas Extension Officers. Nasib ada Wani dari KADA dalam group Mia tu. Kalau tak, tentu Mia tidak ada geng. Kenal rapat dengan Wani pun, dari siri kursus Transfer of Knowledge Program. Nak dijadikan cerita, sampai petang memang ternyata tidak siap. Skop terlalu besar dan banyak sangat yang nak dibuatnya. Jadi Mia bawa balik tugasan yang diberikan.

Antara gambar masa buat URS minggu lepas..

Wani dan Mia... boleh merah sedondon pulak..

Cik Lina dan Encik Aziz.. kagum dengan mereka ni..

Baru tengah malam tadi sampai awal pagi dapat menyiapkan tugasan iaitu melukis Use Case Diagram bagi Extension Officers Dashboard System. Rasa kelakar pun ada, terkial-kial Mia lukis guna aplikasi Rational Rose. Siap juga akhirnya, walaupun di dalam hati terasa macam tidak confident sahaja. Mia kalau bab-bab memikir ni selalunya otak boleh beroperasi sepenuhnya di kala waktu awal pagi. Pukul 2.30 pagi siap. Terus cepat-cepat emelkan pada Cik Lina dan barulah terasa leganya.

aplikasi Rational Rose

Terus-terang Mia katakan apabila join aktiviti Agriculture Flagship yang kebanyakkannya melibatkan kakitangan ICT dari gred yang lebih tinggi dari pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), memang Mia terasa sentiasa rendah diri dan segan sangat-sangat.

Bila diambil dari sudut positif pula, boleh juga cedok ilmu mereka-mereka yang otai dalam ICT kerajaan dan ambil pengalaman mereka. Sebenarnya, rasa macam mimpi ngeri pun ada apabila terlibat dalam projek besar MOA untuk menyiapkan Agriculture Flagship (AgF) ini.

Aktiviti selepas menyiapkan User Requirement Specification (URS) ialah System Requirement Specification  (SRS). Bakal turun Putrajaya selalulah selepas ini.... huhuhuh...

tugas tambahan selain daripada tugas hakiki di pejabat...