image Maaf - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Thursday, 11 July 2013

# Pearl

Maaf

Maaf.. maaf.. maaf.. susah sangat ke kalau dah buat silap, nak minta maaf. Terlalu ego? Pun susah juga. Bersederhanalah dalam segalanya. Meminta maaf, memberi maaf dan bermaafan secara ikhlas akan menjadikan hubungan kita dengan yang lain bertambah harmoni dan akrab. Itulah yang sebaiknya.

Jemput tengok madah atau kata-kata yang berkaitan dengan maaf...



Meminta maaf tak menjadikan kita hina..

Memberi maaf tak menjadikan kita bangga..

Tapi saling memaafkan yang menjadikan kita mulia..

sumber : SINI

maafkan Mia ya.. kalau ada salah dan silap selama ini... mana tahu kalau-kalau tersinggung ke...

37 comments:

  1. org yg sukar utk meminta maaf mmg org yg sombong dan merasakan diri sendri bagus.. harap kita tidak digolong dlm golongan sebegitu..=)

    ReplyDelete
  2. Selalunya memang sebab ego. Walaupun dah tahu diri sendiri yang salah, tapi tak nak minta maaf.

    ReplyDelete
  3. kata betterhalf farah, seseorang muslim dan muslimah yang baik adalah seseorang yang mampu meminta maaf dan memaafkan dengan seikhlasnya dan seredhanya...

    ReplyDelete
  4. perkataan maaf tu kadang-kadang memang perlu.. tapi ada sesetengah orang, ego terlalu tinggi..

    ReplyDelete
  5. samala juga kak mia..krole mohon maaf kalau ada tersilap or terkasar bahasa or menyinggung perasaan or...eh? berapa banyak or da...hahaha~ salam ramadan hari kedua ya kak mia

    ReplyDelete
  6. memberi kemaafan adalah satu perbuatan terindah, sukar tapi puas..

    ReplyDelete
  7. bila kita ucap maaf, hati kita terus bersih :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak mie, sekiranya kita memaafkan seseorang. dengan mudahnya kita terasa tenang. insyallah. bermaaf-maafan amalan mulia :)

    ReplyDelete
  9. Nurul rasa EGO yg menghalang dari meminta dan memberi maaf

    ReplyDelete
  10. ucapkan maaf dengan ikhlas walaupun berat hati untuk memaafkan....sesungguhnya maaf merupakan selemah-lemah iman seseorang, tak rugi untuk melafazkan kemaafan kerana keikhlasannya merupakan suatu yang terindah.....

    ReplyDelete
  11. bermaaf- maafan ^_^ dpt melegakan hati .:))

    ReplyDelete
  12. maaf..perkataan yg tak menjatuhkan apa2 dlm hidup kita tp sukar sekali nk sebut..

    ReplyDelete
  13. ye...terlalu susah melafazkan maaf sampai jadi tajuk lagu..hehehe..

    ReplyDelete
  14. Mmg rmai yg xsuka mtk maaf, buat muka derk je bila slh...huhu

    ReplyDelete
  15. perkataan yang pendek tetapi sukar diucapkan hanya kerana rasa ego yang menebal dalam diri.. buangkan sikap ego itu, bermaaf-maafanlah sesama kita..

    ReplyDelete
  16. Maaf, tanda kita hebat kuat.

    Itu yang mak saya ajar... :D

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum mia...betul tu ada orang mmg susah betul nak ucapkan perkataan maaf tu...:)

    ReplyDelete
  18. maaf tumpang komen..apa2 pun nak ucap salam ramadan....

    ReplyDelete
  19. Thanks for remider Mia. Perkara terbaik yang perlu kita lakukan setiap hari sebelum tidur adalah memaafkan semua orang. Alhamdulillah bangun pagi keesokan hari sure lebih tenang...

    ReplyDelete
  20. Kalu gitu, maafkan la saya. hehehe

    Saya minta maaf, sebab tak selalu ada masa nak masuk ziarah ke sini.

    ReplyDelete
  21. Maaf,
    Ungkapan yang nampak kecil tapi besar ertinya,
    Bagi mereka yang sanggup minta maaf dengan hati yang tulus,

    ReplyDelete
  22. Tedi maafkan... hahahaha... ni apa guna gambar meoow ni? saja la nk bagi Tedi cair ni. :P

    ReplyDelete
  23. Maaf sifat mulia dan wajib dijadikn sikap utama dlm hidup...

    ReplyDelete
  24. lagi satu susah nak berterima kasih kpd org. x ramai yg mahu ucap ucapan tu.heee

    ReplyDelete
  25. Sedia memaafkan dan meminta maaf dgn ringan mulut..

    ReplyDelete
  26. biarpun perkataan Maaf tu nampak mudah, tp membawa maksud yg sgt mendalam. huhu

    ReplyDelete
  27. maaf itu dituntut.. ati sntiasa brubah tp jgn jd keras sgt..

    ReplyDelete
  28. Meminta maaf dan memberikan kemaafan tu sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan.. Buang ego, padamkan dendam di hati, Insyaallah kita akan dapat melakukannya dengan ikhlas..

    ReplyDelete