Rasanya Mia patut kongsikan di blog, bagaimana untuk positifkan sesuatu yang negatif supaya akan rasa bersyukurnya kita dan juga untuk menghilangkan sifat-sifat negatif yang tidak sepatutnya. Menarik sungguh Mia tengok apa yang diperkatakan oleh Kak Aida. 

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
  1. Untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.
  2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran..
  3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
  4. Untuk pakaian kita pakai sudah tidak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.
  5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
  6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
  7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
  8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
  9. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
  10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

sumber : fb Kak Aida

Biasalah kita ini kan manusia, tidak pernah terlepas dari merungut atau merintih apabila bersifat negatif. Jadikannya positif supaya kita akan lebih mensyukuri pemberianNya...

mood insaf...