Tidak silap Mia, tahun lepas ada kecoh sedikit tentang sms penipu ini. Jangan mudah percaya dengan kata-kata di dalam sms ini.




Tup-tup Mia pun dapat juga sms ini tempohari daripada Shell yang kononnya menang hadiah Grand Prize RM 20,000. No siri 9R247YK. Sila dail 0112-533-2254.

Bila masa pula Mia ada join. Pelik. Selepas itu, cepat-cepat Mia buka laman web tersebut yang apabila dibuka seperti tidak siap jika dibandingkan dengan laman web Shell yang sebenarnya. Belek punya belek di laman web Shell yang betul, rupanya ada pengumuman rasmi daripada pihak Shell tentang sms penipu yang menggunakan nama Shell. Peluang ini digunakan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan diri sendiri.

Ish... tidak baik tipu orang. Kalau tidak berhati-hati, kemungkinan besar akan terpedaya. Mia memang cukup hati-hati kalau terjadinya perkara seperti ini. Tidak akan call nombor yang dinyatakan dalam sms penipu ini.

jangan mudah percaya dan terpedaya...

posted from Bloggeroid