Di sini Mia kongsikan masalah yang dihadapi oleh blogger Maria yang ingin membuat auto readmore untuk entri di blognya. Awal bulan Julai, Maria menghantar emel dan meminta bantuan Mia. Setelah mengikuti tutorial di SINI, ternyata Maria tidak berjaya. 

Jom kita troubleshooting apakah penyebabnya dan cara untuk menyelesaikannya....

Template blog Maria ada 2 lokasi untuk tag data:post.body. Mia semak coding blog dan didapati Maria telah memasukkan coding auto readmore di lokasi yang pertama.

Lokasi kedua, ialah di baris 1614, pun perlu dimasukkan coding auto readmore yang sama juga. 

lokasi kedua di baris 1614

coding auto readmore di masukkan

Auto readmore telah berjaya dihasilkan.

Mia tukarkan ayatnya kepada Baca Lagi di mana apabila diklik sahaja, entri akan dipaparkan sepenuhnya. Sekurang-kurangnya, Maria dah mencuba sendiri terlebih dahulu. Mia kagum dengan usaha Maria. Tidak mengapa, kita belajar dari kesilapan.

Entri ini adalah perkongsian untuk blogger baru sekiranya menghadapi masalah yang sama dengan Maria. Boleh mencuba cara-cara yang Mia tunjukkan di atas. Good luck..

memang suka bab-bab coding ni....