Hari ini genaplah usia domain Mialiana.com selama 1 tahun. Happy Birthday! Sukanya...

Tahun lepas, pada tarikh keramat ini secara rasminya Mia telah bertukar ke domain Mialiana.com dari Mialianas.blogspot.com. 

Sayangnya pada blog ini ibarat menatang minyak yang penuh. Segala suka dan duka dikongsi bersama. Penat lelah diharungi jua. Tahun lepas merupakan tahun yang paling bermakna bagi Mia apabila telah memasuki 2 contest yang besar iaitu DiGi WWWOW Awards dan MRT Logo Contest. Semuanya dari blog ini yang merupakan tempat untuk menyebarkan maklumat dan kempen secara besar-besaran.

Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepada blog ini. Sayang anda semua ketat-ketat....

p/s: syukur alhamdulillah.... klik SINI untuk tengok kenangan tahun 2011.