Latihan Aplikasi Blog Kelab Sukan & Rekreasi LPNM dan Asas Rekabentuk Grafik

Pada hari Jumaat lepas (6 Januari 2012), Mia telah pun menjadi fasilitator (tenaga pengajar) untuk Latihan Aplikasi Blog Kelab Sukan & Rekreasi LPNM dan Asas Rekabentuk Grafik selama 1 hari bertempat di Unit ICT.

Peserta-peserta latihan terdiri daripada kakitangan ofis yang memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Setiausaha Kelab Sukan & Rekreasi LPNM. Walaupun hanya 2 orang sahaja, latihan tetap berjalan dengan lancar dan Mia dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada mereka.

Dalam latihan ini, mereka telah dilatih bagaimana ingin membuat asas rekabentuk grafik menggunakan Adobe Photoshop dan cara-cara untuk menyelenggara kemasukan entri ke dalam blog. Fungsi sebagai administrator juga turut didedahkan.






Tahniah... kerana telah berjaya menjalani latihan ini untuk memperkasakan kemahiran mengemaskini maklumat di dalam blog Kelab Sukan & Rekreasi LPNM nanti...

Post a Comment

2 Comments

  1. wah,, muja ni tak pernah agi masuk bngkel ke hape,, nak kena join skali nih,, cam best je,, hehe

    ReplyDelete
  2. @nurmujahidah hehehe... segannya. join apa-apa kursus dan latihan sebenarnya best tau muja. dapat timba ilmu dan tingkatkan kemahiran....

    ReplyDelete