image Kisah Ajis Si Kaki Pancing - Mia Liana

Sunday, 29 January 2012

# Short Story

Kisah Ajis Si Kaki Pancing


Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk dan sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, Ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan-rakan sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh dan pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa-gesa sebab waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba-tiba meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak-gelak tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dari biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sebab suara org ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun-ubun kepala sampai ke dagu, kemudian tiba-tiba Ajis tersedar. Hehehe. 

Rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sebab terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang-orang kampung yg datng nak sembahyang Asar dok gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya...

sumber : emel

15 comments:

  1. hehe..wat suspen je..ingatkan ape la tadi..:p

    ReplyDelete
  2. Alahai.. boleh lupa pulak tanggalkan helmet.. Padanlah kena gelak dengan jemaah lain.

    ReplyDelete
  3. larh . lupe nk tggal kn helmet . hehehe . btw dah follow blog nie :)

    ReplyDelete
  4. macam mana plak dia lupa tanggalkan helmet,hihi. rushing sangat la tuu..

    ReplyDelete
  5. ceritanya menarik sangatt.,,,,, sudah saya follow back no#6873

    ReplyDelete
  6. ingatkan cerita seram td rupenye cerita lawak..

    ReplyDelete
  7. @liyana memang suspen.. ni mesti kes ingat citer hantu kan?

    ReplyDelete
  8. @ayie_kecik haah. tu la pasal. terima kasih sudi follow sini. mia pun dah follow balik.

    ReplyDelete
  9. @Eza Boom Boom biasalah eza. kalau dah kelam kabut confirm boleh lupa punya...selalu macam tu..

    ReplyDelete
  10. Singgah baca cerita. Suspen je kan??

    ReplyDelete