My Background 21

Tidak disangka kini sudah pun Tahun Baru 2012. Penuh dengan harapan. Penuh dengan impian. Penuh dengan keceriaan. Tema background yang Mia pilih kali ini adalah suasana warna-warni dan keceriaan.

Gambar background ini adalah desktop wallpaper yang Mia search dari Google. Paling menepati tema dengan pasu putih yang penuh dengan bunga-bunga pelbagai warna. Membangkitkan suasana ceria di tepi jendela. Ibarat berada di dalam sebuah bilik yang tenang.


Untuk header pula, Mia memilih gambar kami sekeluarga yang sedang menikmati juadah makan malam di Damai Seafood Village. Suasana persekitaran yang ala-ala kampung dan menyamankan.

Mia masih lagi mengekalkan kata pujangga dari Henry Ward Beecher mengatakan "We never know the love of our parents till we become parents". Kasih sayang ibu bapa yang tidak ternilai harganya. 


Hmmmm... tidak lupa juga banner blog ini pun turut berubah mengikut background ini cuma kali ini nama Mia Liana hanya blink-blink sahaja. Simple dan penuh warna-warni. Lembut dan manis bila dipandang.


Harapan Mia agar semua pengunjung akan dapat ketenangan dan keceriaan semasa membaca entri-entri di dalam blog ini. Tenteramkan jiwa, kosongkan minda dan jangan lupa.... senyum-senyum lah selalu.

p/s: sayang kat anda semua......

Post a Comment

28 Comments

  1. cantik la backgr0und nya..
    bunga..like :)

    ReplyDelete
  2. mia,mama memang ngah tersenyum je bila masuk sini...so sweet.....mcm tuan tanah jugak...huhu

    ReplyDelete
  3. cantikkk..tenang, sedap mata memandang

    ReplyDelete
  4. segar dipandang mata.. ;)
    header pun berwajah baru..

    ReplyDelete
  5. background dan header yang cooolll!!!!

    ReplyDelete
  6. suka bancground baru yg mia pilih ni.. soft je...

    ReplyDelete
  7. buatlah untuk saya juga boleh?he he he memang mia punya citarasa bagus..

    ReplyDelete
  8. cantik...
    ambil kat mana ya?
    tengah berkira2 nak tukar background jugak ni..
    nak cari gambar yang cantik..
    macam mana nak masukkan kat blog?

    ReplyDelete
  9. Salam.
    Memang cantik background baru Kak Mia ni.. Damai, tenang dan sejuk mata memandang.

    p/s : Boleh Kak Mia ajarkan cara2 nak tukar background seperti ini? Maaf jika permintaan ni menyusahkan akak.. Akak guna template designer ke?

    ReplyDelete
  10. @Kamsiah tu la kan? mia bangun tido je tengok blog terus rasa segar...

    ReplyDelete
  11. @ADZA IRDAWATI aka MAK DARA terima kasih mak dara.... wajah yang mempersona gitu....

    ReplyDelete
  12. @Niza Romli terima kasih... mia memang suka background yang lawa2.... lebih2 lagi kalau ada bunga...

    ReplyDelete
  13. @Rozuan Ismail terima kasih... suka yang cantik2 untuk background blog..

    ReplyDelete
  14. @fieda harap fieda suka juga.... :) terima kasih....

    ReplyDelete
  15. @kakyong terima kasih ya kak yong.... selalu datang blog mia ni...

    ReplyDelete