image Bila Gambar Mia Ada Entiti Lain Di Belakang... Jangan Pandang Belakang... - Mia Liana

Tuesday, 17 January 2012

# Work Matters

Bila Gambar Mia Ada Entiti Lain Di Belakang... Jangan Pandang Belakang...

Ketika sedang membelek-belek gambar di dalam handphone, tiba-tiba terjumpa gambar ini. Kenangan lama terus kembali segar di ingatan. Ini adalah kisah benar yang terjadi pada Mia dan rakan sepejabat ketika menghadiri Kursus Teknikal Tanaman Nanas pada tahun 2007. Tidak berapa ingat sangat nama sebenar kursus ni. Tetapi lebih kurang begitulah bunyinya. Masa tu kami belajar dan buat latihan praktikal menanam nanas di tanah mineral Felda Inas. 

Kisahnya begini. Setiap kali kursus, kalau boleh memang suka nak duduk belakang. Kebetulan pada masa ini memang duduk di belakang sekali. Kalau tak silap Mia masa ni, ramai peserta kursus dalam 70 orang rasanya. Walaupun bekerja di pejabat, pendedahan tentang teknikal tanaman nanas perlu tahu juga. Lokasi kursus di sebuah hotel dalam negeri Johor. 

Rasanya macam hari kedua atau ketiga kejadian ini berlaku. Ianya berlaku secara spontan selepas tamat sesi pelajaran teori sementara menanti sesi soal jawab dan masa tengahari. Kami berempat di belakang, Kak Pah, Mia, Ain dan Jaja pun mengambil beberapa gambar menggunakan handphone. Masa bergambar antara 12.15 hingga 12.30 tengahari kalau tak silap. Selepas tu, tentulah bluetooth gambar ke handphone masing-masing. 

klik pada gambar untuk besarkan
Gambar ini memang original diambil dari handphone salah seorang dari kami...tapi yang pastinya memang bukan dari handphone Mia...

Ain lah yang suka tengok dan belek gambar-gambar yang diambil. Tiba-tiba dia terperasankan gambar entiti lain di belakang kami. Masing-masing cepat-cepat perhatikan betul-betul dan terus kecut. Serius terus pucat. Kalau ditoreh tak keluar darah rasanya. Sebab entiti tu berada di belakang kami. Untuk pengesahan, kami pun tunjukkan pada peserta-peserta lain. Semua nak bluetooth gambar tu juga, nak simpan dan belek betul-betul. Sekelip mata sahaja jadi public figure masa tu. Macam-macam andaian dan teori yang mereka buat. Kecoh betul...

Balik ofis pun kecoh lagi sampai sebulan baru reda. Yang penting, kami selamat dan tidak mengalami kejadian gangguan semasa menginap di hotel tersebut selama beberapa hari menjalani kursus ini. Syukur alhamdulillah...

p/s: Mia ingin tegaskan entri ini adalah benar. Ini hanya pengalaman Mia dan untuk dikongsi bersama dengan anda. Apa yang berlaku adalah atas kehendakNya...

29 comments:

  1. hehe..macam2..dia nak tumpang amek gambar gak la tu..:)

    ReplyDelete
  2. seram jugak tgk gambor tu.. Alhamdulillah, tiada apa2 gangguan yg berlaku kan..

    ReplyDelete
  3. naik bulu roma siot... dah lah tmpt keje skrg ni tgh kecoh psl benda2 ni...

    ReplyDelete
  4. meremang bulu roma tengok gambar nie..

    ingatkan tadi edit2 punya..huhu

    ReplyDelete
  5. huhue.. nsb baik x prnh kna mcm ni.. :D menakutkan..!!

    ReplyDelete
  6. uih...meremang asenye tgk gambar nie...seram..

    ReplyDelete
  7. erkk .. apa hal meremang plak bulu roma nih .. haishh .. seram.

    ReplyDelete
  8. alamak.. dia pun nak posing sama... serammmm...

    ReplyDelete
  9. agaknya bos hantu tu hantar dia ke kursus tu gak kot? :P

    ReplyDelete
  10. Mujurlah takde pape jd ye Kak. Agak scary kot.. Haihh

    ReplyDelete
  11. kak mia,sorry..cik x bukak pon post ni means cik x bace sbb cik tngok gmbr cik trus scroll smpai bwh..haha takot.cik bce entri ni tgh mlm..xmo ar..hihi

    ReplyDelete
  12. belum pernah dpt gmbr sebegitu dan kalau boleh taknak.. takut..

    ReplyDelete
  13. hish..serammnya..ni yg tak best ni..kang kena p situ lagi, sure teringat2..hihih

    ReplyDelete
  14. makhluk tu mmg sntiasa ada di skeliling kita kan... sesekala dia tunjukkan diri juge lah sikit2 ;)

    alhmdllh tiada gangguan lain ..

    ReplyDelete
  15. wooooooo...... wwooooooo... wooooo... antooooo... makan budokkkk.....!!!

    ReplyDelete
  16. Uish! Menarik! I pon pernah jugak terambil gambar entiti pelik semasa perayaan Qingming pada tahun 2010.

    Cer tengok gambar yang last sekali tuh... --> Qingming 2011.html

    ReplyDelete
  17. saya meremang SATU BADAN.
    dah la siang-siang hari. T_T

    ReplyDelete
  18. erkkkkkkk,....meremang satu badan...takut,dah la kat bilik guru ne duduk terasing dri yg lain.uwaa

    ReplyDelete