Berhati-Hati Kepada Sesiapa Yang Menggunakan Fibox

Tiba-tiba Feroz beritahu Mia kat FB tadi, cuba klik link URL di dalam shoutbox Fibox dia. Mia pun klik la, Raja Ratu punya blog. Rupanya keluar iklan AdF.ly di bahagian atas.

 Fibox Feroz


Lepas tu, Mia test pula kat blog Kak Pah, pergi kat Fibox Kak Pah dan terus klik link ke blog Zie Fauzi dan Azmi Khan. Hasilnya pun keluar benda yang sama juga. Mia rasa semua yang menggunakan Fibox ini akan mengalami keadaan yang sama.

 Fibox Kak Pah



Maksudnya di sini, memanglah Fibox ni buatan Malaysia dan user-friendly tetapi masalahnya bila klik mana-mana URL akan keluar iklan AdF.ly. Bayangkan betapa banyaknya klik yang mereka dapat bila kita klik url link di dalam Fibox untuk membalas kunjungan rakan-rakan blogger kita. 

Fibox masih lagi dalam beta version. Sepatutnya letaklah link advertisement tu di mana-mana dalam Fibox ke... Kalau ada yang berkenan boleh lah klik. Ini masalahnya seolah-olah memaksa pengguna fibox buka link advertisement tu, semasa hendak membuka blog rakan-rakan yang telah mengunjungi blog kita. Di mana keadilannya, ia berlaku tanpa notis. Bagaimana pula pada blogger yang mempunyai line internet yang sangat slow, tentulah lagi lambat hendak loading. Ada juga blogger yang tidak perasan perkara ini dan mungkin menganggap remeh temeh tapi sebenarnya patut juga diambil tahu dan serius tentang perkara ini.

Feroz pun cakap tadi nak cepat-cepat tukar ke shoutbox lain. Bukannya tak nak menyokong produk buatan Malaysia tapi yang penting ialah keselesaan dan kepuashatian pengguna.

Post a Comment

34 Comments

  1. nasib baik saya tak guna fibox..hehe

    ReplyDelete
  2. dah ceraikan

    http://www.jiwarosak.com/2012/01/chatbox-fibox-keluar-iklan.html

    ReplyDelete
  3. mawa guna Fibox..mmg senang & best gun Fibox..tp,,bru ad iklan 2 td..huhu..tgh fikir2 nk tuka ke x ni

    ReplyDelete
  4. akak pun guna fibox..ada pula masalah ek

    ReplyDelete
  5. semalam saya punya soutbox kena virus... terus delete... cari yang baru terjumpa cbox... masuk blog kawan2 ramai yang guna fibox... tapi saya dah malas nak tukar2... sib baik saya tak tukar... thanx kak...

    ReplyDelete
  6. ingtkan slh seting ke hape....nk tukar lah!

    ReplyDelete
  7. nasib tak guna shout boz mcm tu...hehe.apa2 pon cantik layout mia yg baru...:)

    ReplyDelete
  8. mekasih atas entry ni ye mia... cepat2 izan nak ceraikan fibox ni...

    ReplyDelete
  9. malam tadi dah perasan dah masa blogwalking bila klik nama yg dr fibox ni.. ingt normal jer...

    ReplyDelete
  10. thanks Mia alertkan pasal ni..

    kakyong jrg BW via shoutbox. tu yg tak perasan..

    nanti nak tukor yg busuk punya kot.. sian lah kat org lain kan.,..

    & sepatutnya pihak fibox ni beritahu lah kan.. kita tahu la dia pun nak cari duit cover fibox ni.. tp buatlah dgn cara yg betul, bukannya susahkan pengguna.. kan org dah tak suka..

    ReplyDelete
  11. Baru tergerak hari nak sokong produk buatan Malaysia.. ~_~

    ReplyDelete
  12. laa..patut msa bw.kluar iklan pula bila buka blog blogger lain..

    ReplyDelete
  13. aah..perasan gak iklan tu td..adoi..nk tuko la camni

    ReplyDelete
  14. ttp klu tak silap tak pulak effect org yg guna fibox tp blog yg tinggalkan link tu yg kena....

    klu org salah paham org ingat kita saja pasang. memburukkan pandangan blog je.....

    ReplyDelete
  15. Tak penah pakai fibox.Iqa pakai shout busuk :)

    ReplyDelete
  16. baru hari ni yg ada link adfly tu,menipu namanya.

    ReplyDelete
  17. Patutlaaaaaaaaaaaaa...aritu bila mak klik link kwn2, abis tah hape2 punya website yg kluar. Isk..makin nak capt n selesa, jd menyusahkan kita plak yea..

    ReplyDelete
  18. Nur memang tak perasan pun tentang ni.. Nur guna oggix. Kalau begini, tentu ramai yang tak selesa.

    ReplyDelete
  19. Bisnes..di sebalik Fibox yang percuma..rupanya ada sebaliknya..

    ReplyDelete
  20. terima kasih semua di atas luahan pendapat masing-masing. sebagai pengguna tentu kita ada hak untuk meneruskan guna fibox atau bertukar kepada yang lain.

    p/s: update terkini dari feroz, tadi dia sms kat mia. katanya sudah tidak ada lagi iklan dari fibox...

    ReplyDelete
  21. sy pun mengalami benda yang sama mia.. baik guna shoutbox busuk.org klu mcm ni adehla...

    ReplyDelete
  22. nasib baik tak tukar lagi fibox ni, selamat jalan fibox..heheheheh

    ReplyDelete