Hmmm... entah kenapa dah hampir tengah malam ni, tangan begitu gatal nak menaip entri tetapi sebenarnya tidak tahu nak taip apa...

Mia baru je sempat balas kunjungan ke beberapa blog dan tinggalkan komen. Internet pula kurang laju sebab pakai broadband maxis. Cuaca tidak menentu. Hujan dan panas silih berganti minggu ini. Padahal ada lagi kuota broadband ni, mungkin line tidak clear.

Sebenarnya seronok tau bila baca blog orang, dapat tahu perkembangannya dan juga dapat maklumat yang berguna contohnya tips dan lain-lain info.

Banyak betul di fikiran Mia sekarang ni. Selain daripada check di internet jawatan kerja kosong gred F41, rasa macam blurr je sebab tiada jawatan kosong di Johor ini. Puas dah mencari setiap hari. Dah jadi perkara rutin ni. Tapi masa belajar dulu, ada pula diiklankan. Takpelah, sabar menanti ni. Mia kan dah isi melalui SPA. Tapi sampai sekarang masih tiada jawapan. Macam tiada fungsi je SPA tu... Tiba-tiba terfikir negatif pula.

Pasal calon Anugerah Canselor ini pun Mia dah buat yang termampu. Nak pilih seorang daripada 63 calon memanglah jauh panggang dari api. Bukan senang. Doa sahajalah sekarang ini. Teruskan kehidupan seperti biasa. Tak nak mengharap sangat, takut nanti kecewa.

Pasal sambung belajar pula, memang selalu bermain di fikiran. Tidak tahu nak sambung kat mana.  Nak sambung part time ke... full time. Nak sambung kat IPTS ke IPTA... Nak sambung Master ke PhD terus. Masih lagi belum buat apa-apa keputusan. Faktor kewangan juga pun kena dititikberatkan.

Kadang-kadang bila malam-malam macam ni, Mia suka baca entri-entri lama dalam blog sambil tersenyum sendirian. Banyak kenangan yang Mia simpan dalam blog ini..... sayang sangat kat blog ini.

Mata telah pun mula mengantuk walaupun tidak berapa ngantuk sangat selepas tengok cerita hantu di TV3 tadi. Hanya dapat berblogwalking ke beberapa blog sahaja. Rasanya tidak terbalas, tetapi Mia cuba jugalah ya... Jangan kecil hati ya kalau lambat datang. Ramai yang dalam senarai ini... huhuhuh

Terima kasih sudi baca entri bebelan Mia ni...


p/s: sekadar luahan di tengah malam.... membebel entah apa-apa...