Kadang-kadang walaupun nampak gembira tetapi hati di dalam bagai nak dirobek-robek. Sedih dan duka. Tentu kita semua alami perasaan itu kan? Memang tidak boleh lari lagi dalam kamus kehidupan yang penuh pancaroba ini. Selalunya kita akan menangis atau pun menyendiri ataupun diam sahaja.

Selepas dah melepasi tahap stabil barulah ceria semula, kan? Barulah mula tersenyum dan mula berkongsi cerita pada rakan-rakan. Tetapi kena berhati-hati bila bercerita tu, jangan sampai membuka pekung di dada. Sepertimana meluahkan perasaan di dalam blog. Ketika berblogwalking, ada juga baca kisah sedih dan rintihan, hanya mampu komen dan berikan semangat.

Hari ini Mia agak sedih sebab tahu awal pagi tadi satu berita buruk. Ada kaitan juga dengan blog ini. Hmmm... Mia terimanya dengan tabah. Satu hari ini, bila belek blog, rasa sedihnya. Tunggu lagi 2, 3 hari lagi nak tengok macam mana keadaannya. Harapnya mood Mia akan stabil dengan cepat. Doa dan sentiasa berdoa. Buat masa ini biarlah rahsia dulu, Mia masih belum ada mood nak cerita tentang berita buruk ini... Berita buruk ini tiadalah buruk mana pun. Cuma ianya mengganggu emosi Mia dan tiadalah sampai hendak menangis. Rasa terkilan pun ada juga.

Seeloknya kena cepat-cepat pujuk hati jangan sampai melarat dan boleh jadi sakit pula. Kuatkan semangat dan cekalkan hati untuk meneruskan cabaran yang harus ditempuhi.

p/s : tengah nak ceriakan mood ni...