Pertama kalinya Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Engku Muzahadin kerana sudi membeli pantun Mia dan berjaya menambat hati Mia dengan pantun yang penuh puitis dan cukup berseni. Memang terbaik! Blogger terunggul dan sekaligus memenangi free advertising untuk banner 728 x 90 di blog Mia selama 2 bulan + review pantun di blog ini. (^_^)

Sekalung tahniah diucap kini
Senyuman manis wajah berseri
Pantun puitis penuh berseni
Engku Muzahadin blogger dicari



Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Tetak buluh panjang sepuluh
Mari jolok sarang tebuan
Surah Muzammil jadi penyuluh
Suku awalnya jadi sebutan

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Hingga kini belum berkasih
Masih seorang tanpa berteman

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Terbang kedidi menarik rotan
Hinggap sebentar di dahan kiwi
Menanti waktu istiadat graduan
Lambang tertinggi siswa dan siswi

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa si putik pauh
Dagangnya hamba nampak di mata
Pulau Mutiara tempat berlabuh



Banner 728 x 90

p/s: syukur dah selesai review pantun blogger terunggul..... ;)