Mia agak terkejut juga bila terima komen Yumida di dalam entri SINI. Tetapi pada masa itu Mia agak sibuk berkursus di Kuala Lumpur tempohari dan cuma boleh bantu tengokkan blognya kalau ada kelapangan.


Rupanya, Yumida menghadapi masalah untuk meletakkan iklan nuffnang Large Rectangle Unit di antara post iaitu kedudukan iklan berada di antara entri pertama dan entri kedua di dalam blog. Mia amat kagum dengan usaha Yumida yang sudah mencuba sendiri beberapa kali walaupun tidak berjaya. Syabas ya...

Baru pagi ini, Mia sempat nak troubleshooting masalah blog Yumida. Apa yang Mia buat ialah :
  1. Didapati hanya ada 1 entri sahaja di laman utama blog, bagi memudahkan urusan, Mia tukarkan kepada 2 entri supaya senang nak tengok lokasi paparan iklan nuffnang di antara 2 post nanti.
  2. Kemudian, Mia cuba letakkan coding iklan nuffnang Large Rectangle Unit mengikut tutorial yang disediakan oleh Nuffnang. Ternyata iklan tersebut betul-betul tidak terpapar di blog Yumida.
  3. Mia pergi cari coding div class='post footer' dan paste kan coding iklan di bahagian atasnya seperti dibawah ini : (sila klik pada gambar untuk besarkan)
  4. Kemudian Mia, Save Template dan cuba refresh balik blog Yumida di browser
  5. Hasilnya, iklan nuffang tersebut telah terpapar di blog Yumida dengan jayanya seperti di bawah : (sila klik pada gambar untuk besarkan)

  6. Boleh juga kalau Yumida nak tukarkan balik kepada 1 entri di laman utama blog, tetapi agak kurang sesuai bila ada paparan iklan nuffnang Large Rectangle. Seeloknya biarlah sekurang-kurangnya ada 2 entri di laman utama blog, supaya paparan iklan jenis ini akan nampak lebih menarik.
Alhamdulillah... dapat diselesaikan dengan jayanya. Mia kongsikan cara-cara nak selesaikan masalah blog Yumida di dalam entri ini. Manalah tahu kot-kot ada blogger lain yang turut menghadapi masalah yang sama seperti Yumida...

leganya...