Pagi ini Mia bersahur di Residence Hotel @ UNITEN Kampus Putrajaya, Kajang. Hotel yang berdekatan dengan Putrajaya. Pukul 4.30 pagi menikmati juadah sahur yang pelbagai pilihan. Banyak juga Mia letak kat dalam pinggan, tetapi tidak habis dimakan. Selera tekak waktu sahur, memang macam tu. Yang penting dapat alas perut. Alhamdulillah, kenyang....


Tidur satu malam sahaja di sini. Mia booking online 2 hari lepas di http://www.residenceputrajaya.com.my, pakej promosi Special Ramadhan Offer untuk Superior Room RM 150. Melepasi kadar bayaran hotel RM 162.40 untuk gred penolong pegawai seperti Mia.

ada mesyuarat di Putrajaya satu hari ini....