Entah macam mana pula terkeluar soalan ini dari benak fikiran Mia. Blog amat sesuai untuk orang yang Membebel? Asyik bercakap sahaja. Apabila bercakap, tidak boleh berhenti. Lepas satu cerita, timbul cerita lain. Berkait-kait pula tu. Terlalu peramah sangat. Bakat terpendam yang terkadang kita sendiri pun tidak perasan. Alamak, terasa macam kena batang hidung sendiri ni. Isu hangat nampaknya ini.

Sebenarnya, bukannya apa. Tidak semua blogger suka membebel. Membebel di blog ini, aktiviti yang ada faedah juga sebab tidak melibatkan orang lain. Lagipun bukannya membebel yang bukan-bukan. Janganlah mudah berprasangka demikian dan ini juga tidak bermakna blogger yang kerap update blog setiap hari itu kuat membebel. Cuma ilham itu datang mencurah-curah bagai air terjun, daripada dibiarkan begitu sahaja, baik dicoretkan ke dalam blog. Gaya penulisan juga mungkin akan menjadi lebih baik daripada semasa ke semasa.

Ini adalah entri santai yang tidak bermaksud untuk menyinggung sesiapa pun. Tiba-tiba terfikir dan bayangkan, kalaulah orang yang kuat membebel itu ada blog. Tentu entri yang dikarangnya panjang dan rajin update, betul tak? Bagus juga. Daripada membebel tidak tentu hala berjam-jam, baik membebel di blog. Mulut boleh berehat, hanya jari-jemari tangan sahaja yang menaip di keyboard....

Sekadar pendapat Mia sahaja, ada baik dan buruknya. Terpulang pada pandangan masing-masing.

Anda pula bagaimana? Suka membebel ke tidak? hehehehe... tiba-tiba terasa macam entri ini pun membebel juga....