Akhirnya, sampai juga pada saat kursus yang terakhir dalam Transfer of Knowledge Program. Hari ini dan esok, Mia ada Liferay : System Administration Training di Kuala Lumpur.

Rasa macam susah dan terpinga-pinga sebab terlalu teknikal sangat. Ingatkan Mia seorang sahaja, rupanya kawan-kawan yang lain pun sama juga.

Aplikasi yang kami gunakan ialah JDK, PostgreSQL 9.2, GlassFish Server Open Source Edition, Liferay CE dan Eclipse Java IDE for Web Developers.

Sungguhpun begitu pening-pening lalat semasa belajar tetapi apabila tiba bab bergambar terus ceria...






sila klik pada gambar untuk besarkan

Ilmu yang terlalu baru buat Mia. Belajar dan cuba buat sampai dapat. Harap dapat tempuhi saat sukar 2 hari ini dengan jayanya.

Tidak sabar nak tunggu petang esok. Sebab selepas itu akan merdeka.... dah habis belajar.... (^_^)

posted from Bloggeroid