Hidup ini penuh dengan pancaroba. Dari kecil sehingga besar, memang ada dugaannya. Baik yang kecil mahupun yang besar. Namun begitu kita tidak harus berputus asa dan sentiasalah berdoa. Harus tempuhinya dengan tabah. Usah merungut dan mempertikaikannya. Kerana itu adalah pelengkap dalam hidup kita. Bersangka baiklah pada Allah. Ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Berdoa dan terus berdoa agar apa yang dihajatkan akan termakbul dan semoga dipermudahkan segala urusan kita di muka bumi ini.

Di sini Mia kongsikan, kata-kata menarik yang Mia jumpa di facebook...


Bila Allah cepat makbulkan doamu,
Maka Dia menyayangimu.

Bila Dia lambat makbulkan doamu,
Maka Dia ingin mengujimu.

Bila Dia tidak makbulkan doamu,
Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah
Dalam apa jua keadaan pun..

Kerana
Kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya..

sumber : SINI

mood syukur....