Sambungan kisah dari entri Tragedi Petang 1 Julai 2013.

Semalam petang juga, Mia telefon Uncle Kuan untuk urut kaki Mia. Kak Aida dan Suami Mia bising suruh urut cepat-cepat.

Nasib baik Uncle Kuan berada di Skudai dan terus datang rumah Mia.

Status di facebook semalam...




Alhamdulillah, tiada apa yang teruk cuma terseliuh urat sahaja. Uncle Kuan urut dan betulkan urat yang terikat dari kaki sampai ke lutut. Memang sakit betul pada masa itu. Tempat yang diurut tidak boleh terkena air dalam tempoh 5-6 jam supaya tidak bengkak dan tidak masuk angin. Mia pula kena pantang, tidak boleh minum ais dalam 3 hingga 4 hari.

Hari ini, Mia rehat di rumah dan tidak buat banyak pergerakan kaki. Kaki pun dah semakin pulih.

mood lega...

posted from Bloggeroid