Tiba-tiba Feroz beritahu Mia kat FB tadi, cuba klik link URL di dalam shoutbox Fibox dia. Mia pun klik la, Raja Ratu punya blog. Rupanya keluar iklan AdF.ly di bahagian atas.

 Fibox Feroz


Lepas tu, Mia test pula kat blog Kak Pah, pergi kat Fibox Kak Pah dan terus klik link ke blog Zie Fauzi dan Azmi Khan. Hasilnya pun keluar benda yang sama juga. Mia rasa semua yang menggunakan Fibox ini akan mengalami keadaan yang sama.

 Fibox Kak Pah



Maksudnya di sini, memanglah Fibox ni buatan Malaysia dan user-friendly tetapi masalahnya bila klik mana-mana URL akan keluar iklan AdF.ly. Bayangkan betapa banyaknya klik yang mereka dapat bila kita klik url link di dalam Fibox untuk membalas kunjungan rakan-rakan blogger kita. 

Fibox masih lagi dalam beta version. Sepatutnya letaklah link advertisement tu di mana-mana dalam Fibox ke... Kalau ada yang berkenan boleh lah klik. Ini masalahnya seolah-olah memaksa pengguna fibox buka link advertisement tu, semasa hendak membuka blog rakan-rakan yang telah mengunjungi blog kita. Di mana keadilannya, ia berlaku tanpa notis. Bagaimana pula pada blogger yang mempunyai line internet yang sangat slow, tentulah lagi lambat hendak loading. Ada juga blogger yang tidak perasan perkara ini dan mungkin menganggap remeh temeh tapi sebenarnya patut juga diambil tahu dan serius tentang perkara ini.

Feroz pun cakap tadi nak cepat-cepat tukar ke shoutbox lain. Bukannya tak nak menyokong produk buatan Malaysia tapi yang penting ialah keselesaan dan kepuashatian pengguna.