Hari Khamis (26 Januari 2012) petang, sebelum Pejabat Pos tutup, Mia telah pun poskan sticker kepada 11 Blogger Bertuah melalui perkhidmatan Pos Daftar. Seorang lagi blogger akan diposkan pada hari esok. Minta maaf ya.. Aleya lambat berikan butiran yang diperlukan. Jadi kena tunggu dan sabar...

Mia dapat agak. Tentu tak sabar nak tunggu sticker sampai ke rumah, kan? Kalau dah dapat nanti, jangan lupa beritahu Mia. Kot-kot ada yang tercicir di tengah jalan. Dijangka minggu ini akan sampai.

siap posing dulu sebelum masuk sampul. cute tak? 

 10 sticker digunting segi empat je. 2 lagi sticker memang dah digunting ikut bentuk.

 boleh juga dibuat kipas ni... lai.. lai...

kata-kata keramat daripada Mia 

ikut garisan yang telah dipotong. kopek pelan-pelan ya... 

panjang sticker ngam-ngam panjang sampul surat 

dah siap tampal terus pos

p/s: kalau Mia buat giveaway sticker ini, agak-agak ada tak blogger yang nak?