Buang Komen Di Ruangan Spam

Banyak juga aktiviti bila dah berblog ni. Selain daripada update blog, blogwalking, balas komen di dalam entri sendiri, follow blog orang... kita juga tidak terlepas daripada menerima komen-komen yang di anggap sebagai spam. 

Kalau tidak dibuka satu hari, memang melambaklah kat dalam tu. Setiap kali online, Mia akan sentiasa semak satu persatu dan buang terus. Kalau komen daripada blogger ataupun pengunjung, Mia terus klik Not Spam dan publish terus ke dalam blog.

Cuba tengok kat bawah ni, dalam satu entri boleh ada banyak komen padahal tadi pagi masa buat entri segmen telah pun Mia kosongkan. 

klik pada gambar untuk besarkan

Jangan biarkan komen berunsurkan spam ini ada di dalam blog kita. Terutamanya daripada Anonymous. Kalau dah publish kat blog, kena cepat-cepat buang sebab kadang-kadang ianya mengandungi perkataan yang tidak sepatutnya (tidak elok), kadang-kadang mengandungi link yang bukan-bukan. Untuk lebih selamat, buang sahaja semua.

Yang mana belum pernah buang tu, cubalah tengok sekejap. Mana tahu dah berlambak kat dalam tu... huhuhu...

p/s: jenuh juga nak buang kalau dah banyak sangat... jadi buanglah setiap hari....