Tiba-tiba suasana petang ini, terasa seperti bagai disentap hati ini apabila menerima emel daripada DiGi. Macam-macam di benak fikiran ini lalu terus klik untuk buka emel tersebut.

Sila klik pada prinstcreen di bawah ini untuk besarkan.




Rupanya DiGi hantar Sijil Penyertaan dan Penghargaan kerana menjadi Top 10 di dalam kategori Blogger of the Year DiGi WWWOW Awards 2012 tempohari. Bukan senang ya nak berada di tahap ini. Banyak usaha telah dibuat dan mendapat sokongan penuh daripada pengundi tetap harian. 

Mula-mula ingatkan Mia tak nak update ke dalam blog sebab sedih sangat tidak terpilih ke Top 5. Tapi memandangkan pengunjung-pengunjung blog ini berhak untuk mengetahuinya, jadi Mia printscreen kan emel dan sijil yang diterima. Mia amat sangat hargai undian yang diberikan sehingga mendapat rank 2 selepas undian ditutup dan juga melepasi tapisan para juri untuk berada di dalam Top 10. Tidak lupa juga kepada semua sponsor dan peserta kempen yang bertungkus-lumus membantu Mia. Apa-apa pun Mia dah lakukan yang terbaik. Sayang sangat kat anda semua.

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Mia tidak akan masuk lagi pada tahun hadapan dan hendak beri peluang kepada blogger lain. Semua ini adalah pengalaman dan kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

p/s: hampir mengalir air mata ini ketika menaip entri ini...