image Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Friday, 10 May 2013

# Tazkirah

Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat

Kehidupan suami isteri akan lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata / anak / zuriat sebagai pelengkap kehidupan berumahtangga. Ini Mia akui sendiri selepas Sofea hadir di kala usia perkahwinan kami  hampir menjangkau 3 tahun dan betapa perasaan itu sungguh sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Ketika itu, Mia sedang belajar pengajian jarak jauh di Open University Malaysia (OUM). Syukur, alhamdulillah.

Namun begitu ada juga pasangan yang sukar untuk mendapatkan zuriat dan dinasihati agar berusaha dan berdoa. Tidak lupa juga membuat pemeriksaan dengan doktor pakar.

Di sini, Mia kongsikan amalan untuk mendapatkan zuriat...


Amalan pertama

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
• Baca Bismillah 1 kali
• Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
• Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
• Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
• Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa

Amalan kedua.
• Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
• Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
• Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
• Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya

Sumber : SINI

semoga berjaya....

46 comments:

  1. terima kasih kak. saya akan amalkaan :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak mia ... masih berusaha. kdng2 org sekeliling yg buat pasangan yg belum dikurniakan zuriat stress *-*

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 yana... jangan stres2 ya..

      Delete
    2. Betul Yana, jangan stres. Biarlah apa orang nak kata, yang penting sentiasa ingat bahawa ada hikmah mengapa Allah belum kurniakan zuriat.

      Delete
  3. info yg bermanfaat.. insha Allah akn diamalkn...

    ReplyDelete
  4. memang ini antara yang saya dan betterhalf cuba pun kak masa kami cuba nak dapatkan zuriat yang 8 minggu sekarang ni dalam perut... Alhamdulillah, usaha kami berhasil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaah bagusnya.... tahniah ya farah... take care...

      Delete
  5. terima kasih kongsi...insyaAllah saya akan cuba amalkan..

    ReplyDelete
  6. da lebih dua tahun kawen..masih lom ade rezeki..insyallah..thanks la kak mia..nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ya... insyaAllah akan dimakbulkan nanti... kak mia doakan ya...

      Delete
  7. Usha dan doa kena ada kemudian tawakkal moga mereka yg berkeinginan akan tercapai apa yg dihajati..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum saya pun masih berusaha. insyallah, akan jadikan amalan kami. thanks kak mia

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum mia...perkongsian yg baik ni...

    ReplyDelete
  10. Terima kasih Mia atas perkongsian ni.. Memang mengharap sangat nak miliki cahayamata sendiri.. Dah 2 tahun lebih perkahwinan kami, tapi masih belum ada rezeki nak timang cahayamata sendiri.. Insha Allah, akan diamalkan.. =)

    ReplyDelete
  11. tq sharing.. yeah, skrg alycia sdg usaha nk tambah lg sorg.. yg 1st tu pun dah besar dh, dah 4 taun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 alycia... ooo sebayalah dengan sofea... memang pun mia tengah berusaha nak tambah ni... ;)

      Delete
  12. Mungkin ada rezekikan ...manalah tahu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la hainom... tengah berusaha. kadang2 jeles juga tengok orang yang ramai anak... huhuhu

      Delete
  13. insyaAllah... kita berusaha dan berdoa.......

    ReplyDelete
  14. masa utk saya mungkin jauh lagi. tp insyaallah akan amalkan nanti, moga mereka berjaya dpt zuriat

    ReplyDelete
  15. Ramai jugak kawan2 iha yg masih belum ada rezeki dapatkan zuriat.. nanti nak bagi diorang baca entri ni.. perkongsian yg baik kak Mia, terima kasih.. :)

    ReplyDelete