image Mood Susah Hati - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Friday, 31 May 2013

# From Me

Mood Susah Hati


Hmmm.. minggu ini kuat betul dugaan Mia. Macam-macam masalah yang timbul. Walaupun ada yang sudah diselesaikan, tapi mood masih susah hati. Pelbagai benda bermain di benak fikiran Mia ni. Biasalah semua orang ada masalah, kan...

Mia susah hati tentang masalah kerja. Bebanan kerja di pejabat, tidaklah teruk sangat. Mood kerja sudah mula berkurangan. Hati asyik gundah gulana sahaja. Asyik fikir macam-macam, tentang itu tentang ini. Minggu depan ada kursus lagi di Kuala Lumpur (KL). Urusan nak ke KL lagi. Naik kenderaan sendiri kali  ini. Tiba-tiba dapat emel ada Bengkel Agriculture Flagship di Nilai pula bermula Ahad ini. Mia tidak dapat nak pergi bengkel itu. Mia hanya pergi kursus di KL sahaja. Takut nanti penat sangat sebab terus-menerus satu minggu. Tentu letih. Memang sukar nak buat keputusan. Bukannya suka-suka, tidak mahu pergi. Kadang orang tidak faham masalah kita dan kita ini pun bukannya robot. Macam inilah kalau kerja makan gaji...

Pada masa yang sama, Mia dah mula sibuk mohon jawatan kosong sana sini. Doa setiap hari agar dapat naik ke jawatan gred 41 dan dipermudahkan segala urusan. Sedang berusaha keras ni...

Jangan risau. Hal rumahtangga dan keluarga tiada masalah. Blog pun tiada masalah.

sekadar luahan perasaan yang mungkin dapat mengurangkan rasa susah hati ini...

50 comments:

  1. saba ye kak mia :) aminn..insyaallah dapat gred 41 tu tak lama lagi...

    ReplyDelete
  2. Salam Mia, Sabar, usaha, doa dan tawakal...insyaallah.

    p/s: Sesekali kena tenangkan mata, minda dan hati...singgah2 le ke Relaks Minda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam bin muhamaad... terima kasih di atas nasihat yang diberikan..

      Delete
  3. Kesian sis Mia.. Sabar ye sis.. Insha Allah, ada rezeki dapat naik gred nanti.. Yakin jer.. =)

    ReplyDelete
  4. As salam Kak Mia..harap dapat sabar ye. Lumrah bila keje makan gaji kak..begitulah caranya..takde beza kita semua kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam ainim... memang macam tu la.. kena selalu bersabar..

      Delete
  5. mungkin Mia kena pergi bercuti untuk hilangkan rasa susah hati tu.
    moga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus juga cadangan cik laili ni... akan dipertimbangkan. terima kasih ya...

      Delete
  6. pendakian yang penuh cabaran. InsyaAllah kuat semangat tabah hati pasti kemanisan nikmat dapat dirasai...(^_^)

    ReplyDelete
  7. sabar ye akk :) ujian dariNya mendekatkan diri kita padaNya ;)

    ReplyDelete
  8. Asyik pun ade mslh skrg..hujung bulan ni mcm2 hal jd..huhu..sabar jeala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-samalah kita harunginya dengan kesabaran ya asyik..

      Delete
  9. Saya balas kunjungan :)

    Sabar ya Kak Mia. Anggap ini ujian dari Allah untuk menguji kesabaran kita :)

    view blog ke dua saya ye, kalau ada silap harap ditegur. saya masih belajar :) http://thesecondscha.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. AJ pun macam2 dugaan menimpa Kak Mia....
    Harap2nya kita sama2 tabah menghadapinya....

    ReplyDelete
  11. Biasalah Mia kalau kita bekerja makan gaji ni..tentulah banyak problem keje...

    ReplyDelete
  12. Sabar ye kak mia..Insyaallah, setipa kesusahan/ujian ada ganjarannya...:)

    ReplyDelete
  13. hmmm dugaan tu....harap lepas ni dapat la pindah ke jabatan yg lebih baik...

    ReplyDelete
  14. semoga dipermudahkan segala urusan tu oleh Allah swt..

    ReplyDelete
  15. Jangan merungut dengan kerja Allah. Allah hanya mahu menguji kekuatan hambanya

    ReplyDelete
  16. bersabarlah kak mia, setiap kesusahan tu pasti pengakhirannya suatu kebaikan. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  17. oic cmtu..

    *long term planning sy pun tgh kucar-kacir, ntah apa langkah seterusnya nanti, huh...

    ReplyDelete
  18. dugaan tu kak..... doa remy agar semuanya dipermudahkan.....

    ReplyDelete
  19. penuh dugaan agar dipermudahkan di masa akan datang.......

    ReplyDelete